Wednesday 24 July 2013

Puase fasa kedue dah???

Diam tak diam.. bulan p0se yang asenya baru menjengah ni dah nak ke fasa kedue.. ape lagi.. tak lame lagi kat radi0 jenuh la d0k putarkan lagu raye.. kan.?? kan.?? cepat betol mase berlalu.. hehehe :)


persiapan p0n makin lame mantap la kan.. hehehe :) sibuk la nanty p0st kat FB , TWITTER tentang persiapan yang nak dibuat..kan.?? S0..? macam mane nak menyambut Hari Lebaran yang akan datang ni?? Dah brape peratus siap.?? Kad raye dapat ker.?? ** bnyak tanye plak kan.. hihihihi

M0ga taun ni beraye dengan penuh kesederhanaan dan jangan membazir yee.!! Selamat berpuase dan berteraweh k..



#jiran umah ni dari 1st day p0se dah pasang lagu raye..makcik 0h makcik..semakin nak dekat raye makin bnyak plak k0leksi lagu makcik eh.... pinjam b0ley.! hikhikhik ^_^

Tuesday 23 July 2013

Duri dalam daging

Pernah rase duri dalam daging.??? kal0 duri ade dalam daging alamatnya tak makan la kite kan..huhuhu :) kal0 makan pon dah masok mulut baru terase duri.. 0uchh.! sakitnya! kan.?? mane tak nya dalam daging sebesar tapak tangan tetibe hadir dengan satu duri yang kecik , tajam , diam2 tapi menyakitkan bile terkena.. haishh..! itu perumpaan bagi s0me0ne yang suke bertalam2 muke nya..geraammmmnyaaaa.... 


Sape kate 0rang yang macam ni tak menyakitkan haty tipu la kan.. Bak kate 0rang la kan..semua itu lumrah dalam kehidupan.Tapi dalam mase yang same ia akan membuatkan kita lagi matang dalam menjalani kehidupan yang akan datang. rite?? eh?? bet0l ker.?? hehehe :)



akhir kata :

** BERBUAT BAIK PERPADA-PADA , BUAT JAHAT JANGAN SEKALI**


Tuesday 9 July 2013

ESOK PUASE

Assalamualaikkum...

Esok dah nak PUASE ler...
Setahun sekali tuh dalam setahun..
Excited kan??
Ape lagi... manfaatkan bulan ni dengan baik k.!!

SELAMAT BERPUASE semua di BULAN RAMADHAN ni. :)





#pose jangan ponteng yee kecuali yang terkecuali tu..hee :)


Monday 8 July 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Thursday 4 July 2013

entry pertame....

fuhh..~ fuhh~ fuhhhh~ ( tiup smpai terkeluar air liur ) hakhakhak. :D al maklum la..penyapu takde nak membersihkan ladang HURUF-huruf fa ni.. dah lame sangat terbiar..hee :) s0.. meh nak menaip balik entry yang ntah pape jer isi kandungan nyer.. huh.! letih rase nya jari ni nak taip menaip hampir2 nak kena simen gara2 tulang jari mau patah.. heehee :)

So..sepanjang fa takde ni..kawan2 mesty bnyak cter yang dye0wg st0ry2 rite..?? s0.. t0k beberape hari ni.. nak bace entry2 dari blogger2 pemes n faveretttt.. b0le gelak2 , guling2 bersame lappy,bantal n slimut.. huhuhu :) 


Sebenarnya.. nak kenal kan ni... tadaaaa...


farisya
new born baby

like amoi rite??
^_^


#selseme #susah bernafas # hujan #panas #ribut #off lappy :)



Thursday 23 May 2013

Inspire Bunny Giveaway

join lagi 1 G.A yang telah dijemput khas oleh tuan punye bel0g.. hehehe :) S0..nak j0in..meh klik banner tu.. :)


due date : 26 Jun 2013


#sorry lambat join coz buzy..ni pon simple2 jer...


Wednesday 15 May 2013

Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah


Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Entry ini ditulis, bukan untuk meminta simpati apatah lagi untuk membuat kalian berasa sedih meratapi. Ini adalah sebagai kenangan, kenangan terakhir kami bersama anak yang dikasihi.Aqil Hamzah. Permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah kepada kami.

25 April 2013 (Khamis)


Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).


Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu.


28 April 2013 (Ahad)

Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.


29 April 2013 ( Isnin)

Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek. Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)


Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU). 


Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur. 

1 Mei 2013 (Rabu)


Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi. Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah. 


Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami. 


Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan. 


Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.

2 Mei 2013 (Khamis)


Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.


Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil". 


Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang". 


Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah. Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.


Electric supply untuk "mesin2" di badan Aqil.
Lobar Pneumonia TRO (to rule out) Lymphoma.


Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.


Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.


Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.


3 Mei 2013 (Jumaat)


Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil. 


Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan. 


Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi. 


Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"


Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"


Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.


Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.


Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan, seorang ahli syurga. Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Semoga tenang di sana sayang. 
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.


Aqil Hamzah Bin Amir Fozy
23 Februari 2012- 3 Mei 2013
Al-Fatihah.


sumber : Cerita Erina

Sunday 12 May 2013

Liebster Award

Assalammualaikum....

Hai.. Kali ni " anda di TAG ".. ad0id0id0i.. time ni la kan..nak kena tag.. melekat rasa nya diri ni nak menj0inkan diri.. hehehe : ) sape lagi punye kerja kal0 bukan si ANIM ni.. nak kenal ?? takkan nak kenal jer.. g f0ll0w skali buat menambah ahli bel0g anda..hihihihi : ) meh klik sini




S0.. ape lagi.. J0m.. far nak bawak anda ke sesi menjawab s0klan dari cik anim kite ni... : )

-
-
-
-
-


tapi...sebel0m tu... ade beberapa syarat2 nya.. tak banyak tapi siyesly simple sangat2.. J0mm...have FUN.!!

1. P0st this rules
2. Write 11 things ab0ut y0urself
3. Answers the questi0n the tagger set f0r y0u.
4. Create 11 new questi0n f0r th0se y0u want t0 tag.
5.Ch00se 11 bloggers to be tagged and link them to the p0st.
6. Y0u are n0t all0wed t0 tag back.


11 facts Ab0ut me...

1. Saya anak manje PAPA..
2. SUKE berangan..
3. TAKOT binatang yang menjalar..
4. lebih suke duduk rumah dari KELUAR kecuali ada hal yang betul2 PENTING!
5. SUKE kena pujuk bile meraj0k..hahaha :D
6. TAK BOLEH makan benda yang berasaskan cokelat..nanty per0t kembung..hehehe : )
7. PEMALU
8. PERAMAH jika kenal dengan 0rang tu..
9. KACUK chinese + malay
10. TAK BOLEH makan daging.. nanty MUNTAH!
11. TAK BOLEH makan seaf0od ( alergik) , nanty badan naik bintik2 merah..


11 Questi0n fr0m Anim..


1. Anak ke berapa dalam adik beradik?
        ♥ Anak sulung dari 5 0rang yer...

2. Makanan paling disukai? Kenapa?
        ♥ Makanan Ala-ala kampung yang sedang2 jer pedas nya.. hehehe : )

3. Drama yang paling tak disukai?
         Drama yang tak berapa nak jadi drama.. hehehe : )

4. Antara Microsoft Word dan Excel, mana lagi best pada anda?
        ♥ MICROSOFT WORD sebab takde bnyak garis2..pening la garis ni.. hehehehe : )

5. Handphone yang paling anda suka sekali? Kenapa?
        ♥ Handphone yang ada KEYPAD sebab kal0 tengah drive nak balas mesej2 penting senang...huhuhu lagi2 mesej dari abg sayang kan.. hahahahahaha :D

6. Pernah tak kena denda dengan cikgu masa sekolah dulu? Kenapa ek?
        ♥ PENAH larhh!!!! sebab mimi and papa tak datang PIBG sek0lah.. hahaha :D

7. Apakah warna kegemaran?
        ♥ warna ape eh anim..?? tapi the m0st faveret is PASTEL kaler.. hehehe : )

8. Kalau anda kena marah secara tiba-tiba tanpa sebab, apa yang anda akan buat?
        ♥ MENANGIS..

9. Berapa ribu patah kata yang pernah anda tulis untuk satu entri? *bukan yang copy paste ye
        ♥ tak penah amik tahu sebab tulis ik0t hati..hehehe : ) bole d0p jawab gitu.??

10. Pernah tak join mana-mana program larian? Best tak?
        ♥ PERNAH.! merentas desa kat sek0lah jer.. BEST.! sebab pakai baju sukan.tapayah pagi2 nak g0s0k.. hehehe : )

11. Berapa kerap anda visit blog ini? *Blog aku la..hahahah
       ♥ nak kate kerap tu tak la.. tapi kal0 0nline tu.. jenguk la jugak.. b0le ker cam tu anim.. hehehe : )

SELESAI MENJAWAB SOKLAN.!
fuhh~ legaa.... 

sekarang tiba mase nya s0klan dari fa.. hehehe
:: 11 questi0n fr0m me ::

1. kal0 gi shopping , ape yang anda beli..?? 
2. Ada Faceb0ok.?? brape kali 0nline dalam sebulan.??
3. Selalu pagi sarapan apa.?
4. Mase sek0lah .. mas0k acara ape.? rumah sukan kaler ape plak.??
5. Masa kecik2, ape tabiat buruk anda?
6. Dalam adik beradik.. sape yang paling anda rapat.? kenapa?
7. Dalam banyak2 bel0g, bel0g sape yang berjaya menarik perhatian anda ?
8. Mase belajar kan.. moments ape yang maseh anda ingat?
9. k0rang ni masih tid0 bawah ketiak mak/ayah lagi tak?? 
10 . Kasut saiz ape?
11. Selalu gi bercuty tak.?? cuty kat mana.??

itu saje..fuhh~ SELESAI pon 

^-^

tag awak yang kat bawah ni...



DONE
: )




Thursday 9 May 2013

Hasya's Collection Giveaway

Assalammualaikum....

Hai.!



klik banner kal0 mau j0in.! : )


:: tagged sape eh.??? ::




SELESAI PON ! 
PENAT !
^_^




#jom j0in giveaway ni.. support la kengkawan kite ni <3

JANGAN lambung kucing tu....

Assalammualaikum..

HAI! 

Hari ni fa nak k0ngsi sikit tentang KUCING.. sape ade bela/pelihara kucing kat rumah.?? kat pejabat ke?? <--- buat lawak ler tu..werrkk... tak jadi.. tade 0wg gelak kan.. huk..hukk... sedih ahh... <-- kep0y0an nyer teserlah.. hee : )

S0.. j0m sambung balik Al-kisah kita tadi.. Semalam... mase fa tengah sron0k main2 dengan kucing..tetibe fa geram terus la dukung kucing uh and lambung tinggi2.. hahahaha :D geraaammm.... dah kucing uh chumel sangat.!! mau tak kena lambung... S0... bile tengah2 lambung uh.. ade jiran teg0r...

Jiran Fa :  buat ape tu.?? nape g lambung2 kucing tu... 

Fa : geramm la cik [singkatan panggilan mak cik ye... hee : ) ] ... kenapa.??

Jiran Fa : mane b0le buat macam tu kat kucing... tak el0k...

Fa : [dengan kehairanan ni p0n bertanye la ] kenapa plak mak cik.???

Jiran Fa : nanty kal0 k0 buat macam tu.. 0wang kate.. nanty kucing tu makan AYAM.....

Fa : errkk.??? bet0l ke ni.???

Jiran Fa : ik0t k0 la nak caye ke tidak.. acik cakap jer..

Fa : hehehehe : ) 


S0.. bet0l ker kal0 lambung2 kucing nanty kucing uh makan AYAM.????? nak ke kucing uh makan AYAM?? bukan kucing suke makan IKAN ker.???


# J0m bekfes.!!! <3

Monday 6 May 2013

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A

Assalammualaikum...
jawab taw..WAJIB.! hee

Nak tambahkan follower...Jom j0in segmen ni... klik banner tu kal0 nak j0in..





:: followers terkini ::

181 

k0rang follow , fa follow k0rang balik.. 
keep in t0uch
<3


# fa akan pergi terjah blog k0rang + follow yang mane bel0m tu.. hehehe : )




Oh kalkatu.!

H0laaa...

Nak tanya k0rang la kan.... Pernah jumpe KALKATU tak.??? Ala.. serangga yang kecik-kecik tu... yang terbang dekat LAMPU tu... 0rang tue-tue cakap.. Kalkatu ni wujud bile nak ribut... bet0l ke.???


Nak citer ni kat k0rang ni......

Semalam... waktu tengah teng0k tb.. sekali terase macam tangan ade s0mething yang bergerak-gerak tapi buat dunno je... S0.. bile terase lagi.. ase macam geli-geli je kat tangan.. bile teng0k jer..La... kalkatu rupanya..hee : ) ingatkan sek0r due je tapi bile pandang ke lampu.. NAH! kaw jahhh... berlambak-lambak..hahahaha :D ape tunggu lagi.. cepat2 la far tutup lampu.. Bia dye gelap..hahaha :D kejam kan... hohohoho....


Nak taw macam mana rupa Kalkatu.???Jom teng0k vide0 upin ipin ni...epis0de mana eh.?? tajuk : TANGKAP DIA.! hehehe : ) far ni peminat citer upin ipin taw.. cakap je epis0d mane..semua far taw.. semua nya pasal adik fa yang kecik uh..suke sangat dengan citer tu.. S0.. kenali la KALKATU anda.. hee : )





# lapar... bel0m makan lagi ni c0z tataw nak makan ape la hari ni. hee : ) Selamat LUNCH! korang <3


PRU 13 - Keputusan PENUH!

Hai.! Update lagi tentang berita terkini tentang PRU - 13.. Hari ni... semua keputusan telah dikeluarkan oleh pihak SPR.. S0... tempat anda kat mana.?? sape yang menTADBIR.?? jomm... tengok result : )

KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DIMENANGI 


sumber : laman web SPR

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI


sumber : laman web SPR


Itu lah keputusan nya , ape-ape p0n semua nya telah ditentukan. Ini lah keputusan dari rakyat MALAYSIA.. Siapa yang mentadbir dan telah diberi kepercayaan harap dapat mengalas TUGAS dan TANGGUNGJAWAB masing2.. Jangan nak kelet0ng 0rang sana sini.. hehehe : )

M0ga PRU 13 ini tidak lah berlaku persengketaan dari kesemua parti yang ada.. sesame la kita berbaik-baik dan terus memajukan NEGARA ke arah negara yang berjaya dan aman.. PEACE YO!





# Demam PRU 13 sudah reda : ) suhu pada badan plak yang rasa demam.. haishh.. :')


Sunday 5 May 2013

PRU 13 - JALANKAN TANGUNGJAWAB ANDA.!!!

Hai.!
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Rata-ratanya semua tahu yang hari ni kita sebagai rakyat Malaysia di beri satu tanggungjawab yang besar hari ni..iaitu 5 MAY 2013 untuk memastikan kerajaan di negara kita di pimpin dengan kerajaan yang BAGUS...

S0.. apakah PILIHAN ANDA.??? ape-ape p0n..ngundi dan jalankan tanggungjawab anda sebagai PENGUNDI ..gunakan pluang untuk naikkan kerajaan yang b0leh memimpin dan menjadikan kita sebagai rakyat yang berPUAS HATI.. S0..ape tunggu lagii....pergi la PANGKAH calon pilihan anda..

! SELAMAT MENGUNDI !

itu saje cel0teh hari ni... ngundi petang karang la..pagi ni ramai giler larhh..panjang giler braturr... sabau je la kan..

ADIOS.!!


# diri di LAMAR pagi-pagi buta tadi..Ouch..! terase berbunga-bunga jer hati ni sekarang... <3 hee

Saturday 4 May 2013

1st BIGGEST GIVEAWAY BY OSM



Hai.!
(◕‿◕)

kawan - kawan serta semua para2 blogger dan kepada semua yang membace

Nampak tak tajuk yang dekat atas tuh.??


S0... kal0 nak j0in..m0h la k0me klik banner kat baw0h tu....
tak susah pon.. klik saner , klik sini , tepek8 banner dan link kan.. dah siap !
 JOMMM LERrr....




klik la saya ... banner tu la.. bukan sini... : )

 : HADIAH :

nak taw.???? klik banner... hee : )


: TAGGING :

semua yang nak j0in..
: )

Due Date : 31 MAY 2013 
lambat lagi tu..sempat sape2 yang nak j0in.. : )
Gud Luck semua.!

ADIOS.!!



#Es0k pergi ngundi lel0k taw.! psssttt... ade pesanan ni..es0k tu sape nak mengundi jangan la lupe bawak IC a.k.a Kad Pengenalan..kal0 tak bawak nanty dah tak b0leh ngundi.. RUGI taw.! <-- demam PRU (^ __ ^)


Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .


Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Friday 3 May 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN MEI BERSAMA CIK B

HAI .!

ASSALAMMUALAIKUM....
MESTI jawab dalam haty depan lappy k.! hee :)



jom la JOIN.! klik BANNER kat atas tu ye.!


TARIKH TUTUP : 


4 MEI 2013 ; 11 MALAM
sempat ker join ni.?? 
sempat la..sekarang baru 3 MEI 2013.. ape tunggu lagii... 
JOMMMM.....


# segmen kedua yang far JOIN..hehehe sambil tuh mengisi masa lapang mengupdate entry.. :)



GIVEAWAY NASZ : SIAPA NAK TOPUP RM5?


- klik banner untuk JOIN -
join laaa..saje suke2 ,tak salah kan..moh ler kiter serbu.. hee :)


nak TAG sape ni.??? 
-tag semua la yang membace entry ni..harap join la ye.. :)


Tarikh tutup GA ni 
 09 . 05 . 2013 - jam 10.00 malam 



#join untuk kali pertama setelah lame menyepikan diri..hehee :) 

taniah beb.!

Hai !
(◕‿◕)
kawan-kawan :)

Far nak typing sikit story tok hari ni.. 

Hari ni.. 
akan tercipta dan di dirikan lagi sebuah masjid..
SYUKRAN.!
sampai juga j0doh nya..

diam tak diam jer kawan far ni..taw8 jer dah nak kawen..
untung la kan.. dah sampai seru ke arah itu..
Alhamdullilah...

Aku d0akan kaw dan dye ::

 ~ Perkahwinan nya terus ke JANNAH
~ Dikurniakan baby yang t0mei-t0mei..
~ Dapat menjadi seorang isteri yang s0lehah di sisi suaminya..
~ Moga k0rang berdua dapat mengharungi hidup alam rumah tangga ni dengan penuh ketabahan dan bert0lak ansur dengan apa jua halangan yang mendatang..


#maaf la tak dapat datang.. aku kerja..papep0n.. taniah BEB.! <3 



Thursday 25 April 2013

Kenangan pahit manis 3.. part 1....

hai... semuanya sihat2...?? hari ni entry tentang kuki-kuki semester-3 wif my housemate + classmate dan ade tersesat sorang tuh not my classmate tapi batchmate yang same.. hee :) sape lagi law dak uh...tita la orangnya...! hahaha :D

So.. sebelom kita pergi jaoh..kali ni HOUSEMATE fa bertambah sedikit dari yang semester lepas.. Walaupon sorang pergi tapi kali ni ditambah dengan 4 orang HOUSEMATE far.. wahh.!! ramai kan.?? Ofcoz la ramai.. umah sewa yang kita orang dapat pon besar sikit dari yang lepas , umah banglo ko taw..ekekeke :) , jaoh nya pon kurang 2 simpang je.. hee ;) tetap jaoh jugak..kaki uh law bole nak sampai umah cepat.!!! penat taw...

So.. untuk semester ni Far nak kenalkan lagi 4 orang HOUSEMATE yang baru.. dyeorang semua nya cun-cun taw.... cun ker.?? errrkkk... cun la..perempuan kan..law ensem uh..dah salah rumah ke hape.. maw kena tangkap masok JAIL..adoi.!! tamaw k.. hehehehe :)

So.. ni AHLI KUMPULAN nasyid RUMAH semester-3 ni... name nick name sudah la kan... actually Far lupe name dyeorang ni..hak..hakk.. :D

- WAWAN - 

- Dye ni krempeng habis la..law diUKUR dengan tiang mungkin dapat dapat dibezakan sikit la..beza jugakkan.??? hahahaha :D
- tulang dye selalu lemah mungkin tak cukup KALSIUM..
- panggil dye LANG singkatan dari perkataan yunani iaitu perkataan TULANG.
- sebilik dengan IQA housemate far yang semester lepas yang makan lambat too... ingat balik..! hahaha :D
- ade moto BESAR kaler MERAH , suke karok.! law dye nyanyi semua orang tito...hahaha :D
- berDIET orangnya walaupon badan dah same dengan TIANG.! aiyyookk.!!!! @_@

- SEYRA -

- yang ni orang GANU.. suke makan kropok lekor ikan tamban..eh.?? pepandai je kaw ni fa... hehehe :)
- suke MELAWA <-- itu WAJIB...law tak ,rugi lah cermin tuh tak dapat tengok dye..hahaha :D
- suke berSHOPPING.. yeke.?? rase-rase je..tataw pon senarnya..hehehe :)

#......sorry la cik seyra..tataw sangat pasal hang ni.. hehehe :) jarang bebenor kite bercakap..  .....

- ATON -

- suke bercerita ..mengalahkan nenek kebayan kaw taw.. hahahaha :D
- sebilik dengan SEYRA + ANIS
- suke karok kot.!
- sempoi + simple orangnya...
- pakwe dye tuan ZIDI ,<-- kini dah bertunang,kire tunang dye la tuh..kan.??
- dye orang SUNGAI KLAH..owang perok ate nya... hehehe :)


- ANIS - 

...yang ni far ta rapat sangat , so tataw nak describe orangnya macam mana..hahaha :D lagipon dye ta sebilik dengan far..ekekeke :) - soorryy... janji name ade dah la kan..kuikuikuikui... 


#kenal2 dulu 4 orang tuh ye.. len kali sambung.. :) ngantokk ni.!! hehehe :)


Tuesday 23 April 2013

PILIHAN ANDA ??

PRU 13...?? ape benda uh.?? takkan tak tahu kan... sekarang ni heboh satu Malaysia di setiap pelusok negeri tengah sibuk dok pacak BENDERA sana sini.. Korang nampak tak bendera ape yang tengah berkibar bagai nak RAK sekarang ni.? ade lambang DACING la , BULAN la dan macam8 lagi la..meriah sungguh kan.. dah macam raya plak kan.. JANGAN  kata ianya TAK PENTING.. ia sangat la PENTING walaupun hanya 5 TAHUN sekali...

KENAPA PENTING.???

Korang rase kenapa PRU ni PENTING ke.??? Bagi far ianya sangat lah PENTING sebab nak menentukan siapa calon yang akan MEMIMPIN kita kelak dalam masa 5 TAHUN ni.. So... jangan kata POLITIK bukan untuk kita.. okeh.?? Masa ni la WAJIB kita sebagai rakyat MALAYSIA memilih siapa PEMIMPIN kita...JANGAN nanti bila dah SELESAI dan KERAJAAN yang akan memimpin , kita nak kecoh-kecoh dan menimbulkan rasa TIDAK PUAS HATI.. semuanya dah TERLAMBAT... So.. jangan la nak bising-bising... semua tuh xkan mengubah ape yang telah berlaku..same la seperti MASA ,ia tak mungkin akan kembali ke belakang walaupun SESAAT.. FIkir2 kan la... itu semua MASA DEPAN kita..
Apa-apa pon yang korang nak pangkah..pangkah lah yang sebetulnya.. POLITIK bukan untuk gaduh-gaduh tapi ia adalah PENENTU MASA DEPAN kita dan jugak negara.. ingat lah..setiap UNDIAN anda itu beharga walaupon cuma ada tanda PANGKAH je.... So... jangan lupe cek undi dekat mane......taw la excited..hahahaha :D counting tht days.! huhuhu


#UNDIAN itu RAHSIA... So... buat la pilihan yang tepat.! :) first time nak ngundi ni..hik..hik. :") seriau je taw..hahahahaha :D






Monday 22 April 2013

FENOMENA kini.....????

Sejak kebelakangan ni.. Korang perasaan tak pelbagai FENOMENA yang telah berlaku sepanjang 2 tahun ini.?? FENOMENA apakah .?? Haa.... agak-agaknya pasti korang taw apakah FENOMENA yang far katekan... kan..??kan.???

FENOMENA ni rata-ratanya mendapat sambutan hangat di semua tempat.. Mule-mule FENOMENA hangat ni dimulakan dengan lagu "OPPA GANGNAM STYLE"... see...far taw dah kowang mesti tersedia maklum dengan FENOMENA ni.. hee :) mase ni.. tapayah cakap la..semua orang dok ber "GANGNAM" kan... aiyyookk.!! =_+"""" so..HOT~ siap PM kita jemput dia ber"GANGNAM" di PENANG... 

#sory too PM... mase uh Far rase ianya bukan jalan yang terbaik.patotnya kerajaan gunakan duit itu untuk jalan yang lebih baik.. banyak uh... 2 JUTA.!!!! bukan menyokong @ membangkang tapi ini luahan rase..huhuhuhu :)

Lepas uh... keluar plak satu FENOMENA "HARLEM SHAKE"..adoidoidoi... Lagi lah..FENOMENA ni far ta minat. So..Far tak ikuti perkembangan FENOMENA itu.. hee :) macam tak besh je kan..hik...hikk..

DAN sekarang.... FENOMENA chumel... korang rasa ape FENOMENA itu.?? huhuhuhu :)


FENOMENA " GWIYOMI
Mane taw tentang fenomena ni.. mesti la dekat LAMAN SOSIAL terkini..  FACEBOOK la..huhuhu.. Mule-mule jumpe satu parodi yang diberi tajuk " GI NGOJI "..pas uh terfikir-fikir.. FENOMENA apakah sekarang.. bile search dekat internet rupa-rupanya lagu "GWIYOMI"... Chumel nya...bagi far la kan.. terpulang hak sendiri nak menentukan.. ngee :) So... ape lagi..jom layan "GWIYOMI" sambil ikot rentak nya sekali..hak..hakk :D jom buat muke cute-cute + chumel-chumel..

jom layan sambil tuh boleh release tension.. KIKIKIKIKI


# makan tengah hari jom + jangan lupe solat.! chaw...! :)


Friday 19 April 2013

oh!! sikit2 je la...

Ouh.!! nak bercerita sedikit tentang Oh sikit je jadi la.. hahaha :D ade macam tajuk filem nak keluar panggung je kan.. huhuhu :) cita-cita ada tapi tak kesampaian plak.. GELABAH la kaw Far.... hehehe :)

Ouh..sebenarnya ni cerita zaman tok kaduk kini yang betol8 terjadi sekarang akibat harga barang yang semakin meningkat bagaikan tinggi nya menara macau.. .. lagi-lagi yang berPENDAPATAN TIDAK TETAP mahupun yang berPENDAPATAN KECIL.!

Apa yang Far nak BEBEL kan eh.?? Jap... stay cool okeh.. tade pape yang menarik tapi sekadar mengSHARING info dalam kehidupan seharian.. Far nak tanye la kan.. Kalau korang berbelanja untuk 1 bulan berapa yang korang HABIS eh.??

ermmm.... kadang-kadang bile Far jalan-jalan dan lagi-lagi kat shopping complex..yang mane bawak anak-anak berjalan + beli barang mesti ade je yang terjerit-jerit.. yang sorang nak itu , yang sorang nak ini.. haishh.. sian kt mak ayah tu adik oii.. hahahaha :D  mase far kecik-kecik mak ayah pon selalu macam uh.. hee :)  Al maklum la kan , gaji tak BESAR tapi PERBELANJAAN itu TINGGI.. ekekeke :)

So.. baru sekarang far tahu kenapa kalaw dulu papa marah kalaw beli bende yang tak berfaedah.. nak cari DUIT bukan senang taw. Kalau dulu ok lagi la.. sekarang ni. nak beli barang MAHAL la weh.. kena pikir8 dulu sebelom beli supaya duit cukup sampai cukup bulan.. LETIH kan.?? ini kan seorang yang belom ade ape-ape tanggungan..duit tak pernah cukup..haisshh.. ntah la..semua nya nak gune duit..takde duit ta hidup la gamaknya... tak kan la nak jadi PENGEMIS kan.. So.. BAJET itu penting.!!! ekekeke :)

Thanks to papa coz didik saya supaya tak membazir jika membeli dan hargai setiap SEN yang keluar..DUIT itu mudah digunakan tapi nak mencari perlu la membanting tulang 4 kerat..So... jangan jadi MALAS taw.! babap nanty.!! hee :)


itu saje huha-huha hari ni.. hee :)
#JIMAT LA DALAM BERBELANJA.! <3 OH!! SIKIT2 JE LA.... hehehehe :)


Thursday 18 April 2013

sana sini :)

wow.! sane sini...??? bercuty ke.?? [ bercuty apenya kan..duit dah kering..hik..hik.. ;) ] sebenar nya tahun ni Far terase sangat bahang8 orang yang nak berkahwin + tunang... bile plak turn far ni kan..hehehe :) takpe8.. tade can taun ni cube lagi taun depan.. kan.?? tak dapat taun depan taun ni jadi la..hahahaha :D


Rata-rata nak menjengah dari tahun ni ke tahun delapan depan.. penuh jadual Far taw dengan invitation kawin-kawin dan tunang8 ni.. macam banyak je kan..GELABAH la kaw farah.. hehehe :) ade plak tarikh nya dekat-dekat je.. hadooii.... kalaw kenduri dekat-dekat takpe la.. ni siap kena naik kuda menunggang pas uh kena tukar plak naik tren tukar lagi naik teksi , tukar lagi naik bas naik kete sudah... GELABAH lagi... huhuhuhu :)


So.. invitation uh semua nya dikalangan yang terdekat ofcoz la my kazen mazen pun tercalon sekali.. haiyookk.!! jadual undangan kawen lagi penuh dari jadual kerje.. hahaha :D HEBAT kan.?? 


So.. pada yang jaoh-jauh uh.. mintak maaf la.. saya tak dapat datang... tak termampu dek 4 kaki bulat-bulat nak dibawa dan membawa..hehehe :) dah la tuh tarikh kome-kome ni dekat-dekat.. tak kan dari SELANGOR nak ke NEGERI SEMBILAN pada masa yang sama ade di KL dan esoknya nak ke KELANTAN pulak.. hadooii... tokey bankrup tada bole jalan sudah.. kikikikiki :) badan letih + lesu.. maaf ye...! hehehe =)


itu saje omelan Far hari ni.. ADIos.!


#kepada yang berkenaan..mohon maaf dipinta kerana tak dapat menghadiri kenduri anda.. :')
#HAPPY BESDAY toooooo bro hanif yang selamat meningkatkan umor 1 tahun.. jangan dikatekan umur nya baru setahun ye.. cuma meNAMBAHkan lagi satu angka pada umur nya.. huhuhuhu :)


Wednesday 17 April 2013

kate kaw.??

ape KATE kaw.? kaw rasa.? ape MOOD korang hari ni.?? pkai baju ape.?? SIHAT.?? pintu rumah ok tak.??  hahahahaha :D 

ntah dimana nak mulakan bicara dan kata.. kata orang hati tengah berapi dan terase bengang dan satu lagi hati tengah terLUKA... huhuhu :) itu saket kan.??


Pernah merasa dihargai , disayangi , dirindui , dimanjai.?? pasti semua nya ada pernah merasainya kan.?? begitu jugak dengan Far... rasa dunia ni kita punye je dan bile macam tuh rasa orang lain takde pon takpe kan.??



TAPI..............



Pernah rasa disakiti , dicurangi , dibodoh-bodohkan tak.?? pasty ada jugak kan walaupon kita tak nak mengaku.. biasa lah... yang ni kan situasi buruk yang menganggu EMOSI la katekan.. hik..hik... :')


TAPI..............


Apa yang korang buat bile macam uh.?? lagi-lagi pada EMOSI yang tengah terganggu.??? hurmm... masing-masing ada cara tersendiri kan.?? 


itu saje..


#mood : KUCIWA GILER.!! :'(



Wednesday 10 April 2013

keep it up.!

Setiap perkara yang kita lakukan hari8 pastynya mahukan ianya menjadi lebih baik dari hari sebelomnya yang pasty nya jika kita silap hari ni pasty kerja untuk hari esok tak mahu ade cacat cela nya mungkin lepas uh kite akan rasa berpuas haty dengan kerja yang kita nak buat.. rite.?

So.. Far hari ni nak kongsi apekah kerja yang far lakukan bile tidak bekerja serta ditambahkan dengan mase yang terluang dan setiap kali nya pasty Far akan bisikkan pada keep it up girl.! hee =) So.. tis is da one...



- candy crush -

Har..tuh la dye bndenya.. satu jenis game yang ade dekat fb yang boleh jugak dimuat turunkan ke dalam handphone.. memang buat Far addict tatkala waktu tengah bosan dan buatkan diri kita untuk bersaing lebih dan bersemangat sebab nak mencapai reach to 350 stage.. Wow.! belom tentu lagi kot.. buat mase sekarang je yang beria2.. nanti jumpe benda baru yang lagi gempak.. benda ni saya tinggalkan je..hahaha :D kejam nya kan.. by the way game ni larh yang buat Far realease tension dengan kerja8 seharian.. siyesly sekarang memang ketagih..kalaw tengah besh layan sekali LIFE da habis kena tunggu 30 minit larh [ ade 5 life dan kena tunggu 1 life 30 minit..so..nak tgu full..berjam jugak la kan... ].. gggrrr... uh yang kadang8 potong STIM je.. haishh... 

itu saje sekian... <3


# jangan terlalu berharap padanya.! :')