TOP

Nasi Ayam Mimi

Huish sedap betol Nasi Ayam Mimi ni.. sekali makan pasti teringat sampai kadang-kadang termenung dan terfikir rase tu :P


BAHAN-BAHAN (untuk 5 orang)

Bahan-bahan untuk rebusan sup ayam.

1 kiub ayam knorr
3 liter air
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
1 ketul halia (seinci setengah dititik sedikit)
3 beradik (bunga lawang , buah pelaga , kulit kayu manis)
garam secukup rasa

  • Cara-cara memasak sup
  1. Panaskan air , masukkan halia , 3 beradik dan kiub pati ayam.Biarkan sehingga mendidih.
  2. Cedukkan sup untuk memasak nasi.
  3. Untuk hidangan sup ayam , hidangkan beserta bawang goreng , hirisan daun sup dan daun bawang.

Bahan untuk masak nasi.

3 pot beras
2 sudu besar manjerin
1 biji buah pelaga (ni takde 3 beradik , die anak tunggal je.. hahahaha :D)
1 labu bawang putih (ditumbuk lumat)
Air sup mengikut sukatan beras
Garam secukup rasa



  • Cara-cara masak nasi.


  1. Panaskan majerin , masukkan buah pelaga dan bawang putih.Tumis sehingga garing dan naik baunya.
  2. Masukkan rebusan sup ayam dan tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan garam.
  4. Kacau sebentar perlahan-lahan.
  5. Tutup periuk dan biarkan ia masak seperti masak nasi biasa.

Bahan-bahan untuk ayam.

1 ekor ayam (belah dua)
setengah cawan kicap cair
2 sudu lada sulah
setengah sudu gula
sedikit garam
(Perap selama 30 - 40 minit)


  • Cara-cara masak ayam
  1. Panaskan minyak (minyak tersebut mestilah menutupi/ampuh ayam semasa digoreng)
  2. Goreng di dalam periuk bertutup dengan api yang sederhana.
  3. Setelah ditus minyak , potong ayam mengikut cita rasa sendiri.

Bahan-bahan untuk kicap

100ml Kicap lemak manis
50ml air 
garam secukup rasa

  • Cara-cara membuat kicap untuk Nasi Ayam
  1. Campurkan kesemua bahan diatas.Kacau dan rasa.

Bahan-bahan untuk sos/air lada

15 tangkai Cili kering (dibuang biji)
3 biji bawang putih
70ml air
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit tepung jagung (untuk pekatkan sos)

  • Cara-cara membuat sos/air lada
  1. Blender cili kering , bawang putih beserta 70ml air sehingga hancur.
  2. Masak di atas api yang sederhana.
  3. Masukkan gula , garam dan tepung jagung.Masak sehingga masaklah.heheheee :)


SEKIAN

No comments:

Post a Comment