Monday 22 January 2018

Bell's Palsy ?? Jom baca...

Apa itu Bell' s Palsy??

Salam . Hi readers , just nak share sikit cerita.. Pagi tadi some of my friend keje dulu update on him whatsapp status.. Actually , die slalu nasihatkan cikfaa sebab cikfaa yang selalu tak sihat.. terkejutnya die yang tak sihat. Terus on his whatsapp status..tanya khabar. What is going on?? Kau sakit ke? Apa Bell's Palsy tu??

Ok..His replying my whatsapp . Ha ah.. aku kena Bell's Palsy dimana separuh/sebelah muka nya senget , gelebeh. Terus hantar gambar.. Allahuakbar!! Terkejut cikfaa ni bile tengok..

Actually cikfaa tak google tapi tanye pada tuan badan macam mana boleh berlaku? , apa tindakan yang perlu dilakukan? dan lain2.. so.. check it out here...

First of his action , dia merasa pening2. Jumpe dokter dan keputusannya cuma dokter menyatakan dia hanya migrain & stress. Lepas tu , bengkaknya kelenjar otot leher(beguk) n terus menyebabkan semua urat2 ditarik. Dia pon ke hospital dan dokter sahkan his got "Bell's Palsy" .

Kenapa berlakunya Bell's Palsy?
_: Disebabkan faktor pemakanan..Dia amik minuman 3in1 ,dimana rata2 sekarang cikfaa tengok senang dan ianya buat ubat tahan memgantuk bila shift malam atau perlu berjaga. Boleh untuk minum tapi kawal2 la ye..heheheeee

Apakah tindakan awal yang perlu dilakukan?
Jangan panik dan terus ke hospital dan berjunpa dengan pakar.Dokter yang akan suggestkan apa yang perlu pesakit lakukan untuk kembali asal. Cthnya ,dia discan terlebih dahulu dan urut urat saraf muka.l

Apakah kaedah rawatan??
_:menjalani fisioterapi dibahagian yang bermasalah.. So untuk Bell's Palsy ni.. fisio yang dilakukan adalah dikawasan muka..apa yang boleh dilakukan ialah melakukan sedikit aktiviti muka. Cthnya : senyum , mengunyah , angkat kening dan lain2..

Apa yang akan terjadi bila tidak menjalani fisioterapi??
_:Muka akan kekal seperti itu. Dimana sel2 otot mati dan kekal. **saranan : better ambil tindakan ye , agar kita kembali pulih. :)

So itu je info yang cikfaa dapat dari kawan tu. Harapnya kita akan sentiasa menjaga diri agar dijauhkan dengan segala penyakit dan sihat kehendaknya. Apa2 pon.. cepat2 la kite mendapatkan rawatan agar dapat rawatan awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Okay semua.. :)

Itu sahaja coretan kali ini.. Love . XOXO ❤❤



Sunday 21 January 2018

Rezeki itu xpernah salah alamat

Hi diari dan jugak bileh dikatakan buku hati yang nak dicoretkan jika ada benda nak share dengan semua pembaca. 

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Illahi..dapat perkhabaran yang tak dijangka yg cikfaa akan mengandung.. Amazingnyaaa!! Bersyukur sangat2.. Pemulaan pertama dimulakan dengan alahan yang sangat2 teruk sampaikan nak bekerja pon xboleh.. so..decide brenty keje.. i have to do it! Husben pon menyokong. Selama 2 bulan lebih mengharungi simpton2 ibu yang pengalamannya takkan ada dapat dimana2.. Alhamdulillah.. diri semakin pulih dari alahan tapi mungkin belum rezeki.. cikfaa keguguran pulak.. Nasib la masa tu bersama dengan org2 tua n they know how to handle me. Cikfaa xde pengalaman tapi dengan ada nya Mak2 ni.. cikfaa xmengelabah..ikot je arahan orang tua. 

JANGAN MERUNGUT! DUDUK DIAM2! akan cikfaa ingat pesanan tu.. sesakit waktu tu.. Allah je yang tahu apa prasaan nya. Rasa serbe salah pada husben pun ada coz cikfaa gagal mempertahankan baby yang dikandungkan tu. Menahan rasa sebab taknak mak nampak.. Alhamdulillah.. tak lama menahan sakit.. kuar uri nya selepas janin td.. hilang rasa sakit nya tu dan malam tu tak tido sebab terkejut dan seakan xpercaya. Tapi pujuk diri agar lebih sabar dan tabah. 

Ok laa..esoknya pagi2 pergi klinik skali klinik kate better pergi ke hospital besar sebab kat sana lebih ramai pakar yang lebih sesuai untuk uruskan kita yang keguguran ni. Dokter kata ,i need to do the operation due to my uterus tak tutup lagi.. Tapi i mintak excuses untuk tidak teruskan operation tu..Maaf husben , bukan mahu menyusahkan tapi cikfaa not ready in fizikal n mental. "CUCI RAHIM".. perkara yang i seriously scared.. Baca google buat i rasa that proses akan buat i rasa lagi sakit. 

So , i xbuat dan waiting for a few days(lebih kurang 5hari kalau xsilap) dan i pergi ke hospital untuk scan for another 1 times. Maybe waktu tu i dah cukup bersedia buat im not cume memikirkan husben..i kuatkan diri jugak. So bila cek , pintu rahim(uterus) tak close lagi.. im still in trauma. Terasa macam tak boleh buat tapi takpe dan teruskan jugak. So.. i admit for tomorrow to do the operation "CUCI RAHIM".. Malam tu start berpuase dari pukul 12mlm..dalam keadaan tu , cikfaa berdoa agar takde apa2 dan boleh balik..diri ni xkuat sangat untuk buat operation tu.. tik tok tik tok.. terus masa berlalu..nak tido xlena dan kringg..... bunyi alarm jiran sebelah.. tersedar dan terus xboleh tidur. 


Cikfaa bangun siapkan diri untuk scan dan checking untuk sekali lagi. Waiting dokter sambil berpuasa dengan melihat keliling. Kawan2 yang ada semalam mula boleh keluar wad.. Fikir positif that i can going home too.. Alhamdulillah..after lunch around 2pm , dokter are going to checking on me. Berdebar2 hati xpayah citer laaa.. name memang dah ade dalam list untuk emergency. So..patutnya turn i tapi ade orang cantas.. takpe.. i tunggu dengan sabar. Keputusan dia cemerlang..boleh discaj.. now its my turn.. dup dap dup dap.. naik atas katil n scan..wow! Impressive result..ketebalan darah pada dinding rahim dan laluan bukaan tutup.. Awak boleh balik dan buka puasa.. Ya Allah..senyum saya waktu tu..orang kate kalau boleh lebar..memg lebar sangat tau.. Sy tengok dekat katil ade husben terus cakap dengan dia..sy boleh discaj. Sebelum tu, makan dulu die cakap..xmakan lagi kan.. terharu weh.. terharuuuuu... makan2 dan siap slow packing my thing.. 😊😊 

Dengan lafaz syukur nya , cikfaa balik dan encik suami amik krusi roda tolak smpai ke kreta agar cikfaa smpai dengan slamat ke krete.. orang tgh pantang kan.. jangan rajin sgt bergerak..rehat sebaik mungkin..if not maybe sakit2.. Meskipon , baby tu bukan rezeki cikfaa..masih ada suami yang masih support dari belakang. Tenkiu husben. Harapnya diberi rezeki skali lagi untuk kandungkan zuriat awak. Doakan cikfaa ye.. itu saja.. tenkiu alls.. 😊❤

Pengajaran nya ,sentiasa berfikiran positif ,perancangan Allah adalah yang terbaik.Dia tahu sejauh mana hambanya di uji.. Moga di masa akan datang lebih matang untuk cikfaa menjaga zuriat agar selamat sampai ke 9bulan dan ingin pangku anak sendiri nanti.. tak sabar nyaa.. Doakan ye ❤❤

Saturday 20 January 2018

Prosedur Nikah Kawen : Step 2 - Prosedur Mahkamah

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk kongsi cerita..Mungkin ada yang mencari.. mungkin ada cerita kehidupan kita sama. Kan? Love you ols readers..muaahhh 😘😘

Ok. Start with story la ye..prosedur mahkamah. Bile dengar mesti rase lagi rumitkan. In Sha Allah dear ,kalau betul prosedur nya pasti dipermudahkan segala urusan. AMIN! Alhamdulillah..rezeki cikfaa..hanya 2 hari je..satu hari tetapkan tarikh perbicaraan.. 1hari untuk proses perbicaraan dan keputusan mahkamah.

Step 1 :_
Pergi mahkamah syariah , pergi kaunter(nyatakan tujuan anda) , akan diberi proses yang berikut.
-Macam cikfaa , perlukan 3 salinan untuk semua details.Cthnya, segala borang prosedur nikah bakal suami&isteri,surat beranak dan etc.

Step 2 :_
After settle semua fotokopi, dtg semula ke kaunter untuk die sahkan apa2 lagi yang perlu dan tengok jadual hakim free bila..Rezeki lagi.. Hakim ada esok dan esok ada masa. Rezeki sangat dan settlekan bayaran ye..mcm cikfaa bayar rm25 je. Heheee :)
-Mcm cikfaa , bakal suami perlu ada tapi disebabkan dia jauh, so mahkamah pertimbangkan die tak perlu(untuk bakal suami tahu akan masalah yang berlaku) dan hanya perlu bawak Mak je disebabkan cikfaa dekat dgn Mak. Ok. DONE SETTLE! Alhamdulillah.

Step 3:_
Perbicaraan dilakukan secara tertutup kerana ini adalah urusan melibatkan isu yang sensitif. "Bilik mahkamah ditutup" . Hanya ada Hakim , Pembantu Hakim(2orang :aorang tukang taip dan sorang tukang ambil dan tunjuk dokumen kepada hakim). Alhamdulillah..semua diakhiri dengan baik. Sekali bicara terus ada keputusannya. AMIN!
P/S : pssstt..perbicaraan dimahkamah perlu mengikut giliran.tunggu la giliran anda ye.. kebetulan cikfaa giliran xlama.. yang ke 5.. 😊😊

Step 4:_
Ambil slip keputusan dan borang2 nikah kita(yg disahkan hakim) dan hantar terus ke pejabat agama. Di pejabat agama, mereka akan bagi no telefon ustaz yang akan mengendalikan prosedur nikah tu.

Ini prosedur "Wali Raja" yang mempunyai sedikit masalah dan tak boleh menggunakan Wali Hakim.

Sekian itu sahaja prosedur untuk borang pernikahan cikfaa dan bakal suami..dh jadi suami dah pon sekarang.Sekarang dh 4bulan pon usia perkahwinan kami. Alhamdulillah semuanya. Tapi rezeki masih belom ada dan baru je keguguran. Nanti cikfaa share pulak kisah pengalaman mengandung dan keguguran. Love . XOXO.

Ada apa2 komen kat bawah..inshaAllah nnti cikfaa balas.. eh silap..puanfaa kan skg..hahahaha 😅😅

Prosedure Nikah Kawen ( Negeri K & Negeri S ) STEP 1 - Penukaran Mukim

Assalamualaikum..lame btul xmenghapdate blog cik faa ni..Almaklum la..kesibukan melanda bila dah berkahwin ni kan.. Alhamdulillah semua selamat. So.. saya pernah search untuk cari kalau saya nak nikah luar mukim tapi tak ada jawapan tu. So , nak menulis la sedikitnya sekiranya ada yang mencari kan. Selalunya orang akan nikah di luar negeri sahaja. So banyak artikel dan infonya.. Ok laa.. now im start! Bebel aje kan.. hahahahaaa

Ok laa.. cik faa plan nikah pon last minit..hanya persiapan dalam sebulan lebih je. Memang so fast so furious kan.. Ok laa.. first skali.. macam biasa laa.. lelaki akan isi borang dulu.. dalam tu ada isi la butiran yang diminta dan lampirannya(fotocopy sijil nikah) .. dah isi semua.. mintak sign penghulu kampung ke.. tok imam masjid untuk sahkan yang awak tu memang asal situ. OK?

Lepas settle tu , bakal pengantin lelaki boleh terus hantar dokumen terus ke pejabat agama untuk proses borang tu..tak silap cik faa.. borang tu seminggu dah boleh collect dan zupppp.. terus tunang bawak ke cik faa pulak untuk tingkah yang selanjutnyaa.. 😁😁  **ingat lagi waktu tu.. petang tu collect terus drive ke sini nak bg cik faa borang tu.. yelah..orang kate nanti xsempat kan siap. Thx encik tunang la.. die kehulu kehilir..

Ok.. now its my turn..

Hurmm.. mase nak buat borang tu.. kemalasan nya melampau sangat sampaikan nak tengok borang pon xboleh sampaikan kena sound gn encik tunang.. mungkin dugaan nya kan. Alhamdulillah..dah start je isi borang semua.. cetak semuanya dan simpan kemas dalam file.

Seterusnya , cik faa ni dari mukim A nak ke mukim B.. bukan xnak buat dekat rumah tapi xmuat nanti. Dikhabarkan takde orang tp Alhamdulillah belah suami ramai yg hadir walaupon jauh.. So ,decide bernikah di masjid. Lebih mudah untuk orang ramai sebab memikirkan tetamu dari jauh xfamiliar dgn kawasan kita. Kuarge mungkin tapi sedare mara mereka yg sanggup datang mesti nanti sesat tah mana2.. Ok la. Done bebel..

Actually, mulanya xfaham sgt prosedurnya.. Bila call ustaz dan mintak penerangan skali lagi dgn pantasnya buat hari tu jugak..

(Penukaran Mukim)

1. Pergi jumpa tok imam mukim anda. Mintak tanda tangan die untuk pengesahan pindah mukim.
 - ok la..kat sini ade cerita juga. Sy kena jugak marah sebab nak pindah mukim. Die kata ape bezanya nikah sini atau sana? Kalau tok imam dulu memang takkan bagi untuk perpindahan mukim. Sy kurang jelas kenapa nak kena soal padahal saya dah jelaskan keadaan nya seperti yg sy nyatakan. Kuarga dari jauh dan tak boleh nak kesana kesini.. takot sesat. Kalau xsesat mungkin akan lambat dan last2 xdatang sebab xtahu..penat nak tanya semua. Kan? Ok la.. last2 die sign dan sebelum tu soalan bab2 asas ditanya satu persatu..Alhamdulillah.. dijawab dgn baik. Takpa la tok.. tanya la janji saya boleh nikah ditempat saya nak tu.

2. Hantar ke pejabat agama untuk pengesahan untuk prosedur mereka.
-kat sini cikfaa ada masalah sedikit dan memerlukan prosedur mahkamah untuk next step.. untuk yang tiada masalah. Dia kan berikan no telefon ustaz ataupon tunggu panggilan(tak pasti) . Macam cikfaa ni.. dapat satu borang untuk ke mahkamah syariah dan perlu ke sana untuk prosedur seterusnya..

**nak kawen ni mudah tapi better isi borang awal , jikalau bermasalah masih ada masa untuk buat apa2..takot nanti sebab borang tertunda majlis perkahwinan tu..merana oii nanti..heheheee

Ok laa.. nanti untuk prosedur mahkamah..cikfaa taip dekat new entry ya! Stay tuned. Ada apa2 pertanyaan boleh komen dibawah 😊😊 .