Sunday 24 October 2021

Kucing : Sakit Mata???

Sepanjang musim covid-19 ni banyak aktiviti kat rumah jer. Setakat ni , Far sibuk uruskan kucing . Sekarang ada 25ekor dan harapnya tak bertambah lagi.  

Sekarang ni dah boleh rentas negeri/negara kan ? korang kemana? Setakat ni far duduk rumah je lagi dan masih tidak berkesempatan lagi nak balik jumpa mak ayah sebab mak ayah nak dtg sini. Kebetulan si adik lelaki bongsu dapat sambung belajar. :) Doakan kejayaan adik Far ye. Adik Far ni die seorang pelajar OKU (masalah pembelajaran) - Disleksia ( In sha Allah ada masa yang panjang Far akan ceritakan macam mana boleh kesan die seorang disleksia okey 😀

Mula dengan tajuk kita  , Far nak kongsi sedikit sebanyak tips kucing bila mereka sakit mata . Korang boleh share jugak tau tips korang di laman ni juga okey . semoga ia banyak memberi manfaat kepada pemilik-pemilik kucing di luar sana . Far pon ada join juga group-group kucing dalam Facebook (FB) . Banyak juga tips kat sana dan juga belajar dari klinik dalam merawat mereka  . Memang kucing memang perlukan masa , tenaga dan usaha . Setakat ni kucing yang sakit mata memang sembuh dan boleh melihat dengan kedua belah mata . Bila dah lebih dari 10ekor Far merawat dan mereka ni sembuh kecuali yang hilang bola mata , buta dari azali . 

Pernah terjadi pada Far yang matanya berdarah dan timbul (xtahu nk gambarkan tp seram) dan tips ni faa cuba bila atas nasihat dokter dan esoknya nampak kering dan kembali elok. Tips ni pada kucing yang sebelumnya memang elok matanya dan mendapat sakit mata  . Boleh mencuba.. Far kongsi supaya korang tak putus asa dalam merawat. Yang penting korang yakin dan sabar .


Apa patut korang buat bila ada kucing sakit mata ? 

1. ASING - supaya tidak berjangkit ke kucing yang lain . 

2. SELESA & BERSIH - pastikan mereka selesaa dan duduk di dalam sangkar yang bersih. 

3. LAP - Lap mata kucing dengan air suam . Jangan TONYOH! LAP SHJ!!

4. Antibiotik - 1hari 2kali 9atas nasihat dokter.

5. Spray Mata(I-Lax)  - Spray jarak jauh 2x sehari


In Sha Allah selama seminggu akan sihat seperti sedia kala. Harapnya , kucing anda akan sembuh dan semakin sihat . Moga tips saya ini membantu anda . 


YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH , YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA 


KURAP? Nak tips? saya kongsi di page seterusnya ....