Wednesday 29 July 2015

Resepi Ayam Mimi

Jom masak resepi mimi ni...

1 ekor ayam (dipotong sesuke hati)
4 inci halia
7 biji bawang putih
11 biji bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili giling / cili boh
1 paket kecil kerisik
100ml kicap manis
1 biji santan pekat
3 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air

* P/S : bahan-bahan dianggarkan untuk 1KG ayam.

BAHAN A :

  1. Perap ayam bersama dengan kisaran halia dan bawang putih selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng perapan ayam tadi setengah masak.


    BAHAN B :

    1. Ambil minyak gorengan ayam tadi( anggaran 1 senduk ) untuk menumis bawang merah beserta cili giling/cili boh sehingga wangi.
    2. Masukkan kicap dan gaul bersama tumisan tadi dengan api yang kecil (sebentar sahaja)
    3. Masukkan BAHAN A beserta santan sehingga mendidih.
    4. Masukkan kerisik , gula melaka , air , garam dan daun kari.
    5. Kacau sehingga pekat.
    Selamat Mencuba

    Kenali Emas

    Assalamualaikum.. hai semua..


    Kite nak share sikit tentang EMAS.. wow! Menarikk..kan.. :)

    Bile dengar pasal Emas orang mesti dok cakap yang dyeorang ni takde duit nak beli. Tapi pernah tak anda terfikir nak menceburkan diri dengan perkara ni. In sha Allah.. Emas ni akan membantu anda membuat simpanan dengan baik.  Bak kata pepatah " simpan sikit-sikit , lama-lama jadi bukit " .

    So mula-mula , kite kenali emas dulu..

    Mari belajar Unit Timbangan Lama Emas

      1. 1 KATI = 600gram
      2. 1 TAHIL = 37.8gram
      3. 1 PIKUL = 60.48kg
      4. 1 MAYAM = 3.37gram
      5. 1 RIAL = 2.7gram
      6. 1 KUPANG = 0.64gram
      7. 1 AMAS = 2.551gram
      8. 1 SUKU = 0.8425gram
      9. 1 BUSAK = 0.337gram

    Ketulenan EMAS yang diukur pada zaman dahulu :-

    1. 999 ( 24K ) - Emas sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas 
    2. 950 ( 23K ) - Emas Kelantan / Emas 9 1/2 
    3. 916 ( 22K ) - Emas Singapura
    4. 900 ( 21.6K ) - Emas Sembilan
    5. 875 ( 21K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    6. 835 ( 20K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    7. 800 ( 19K ) - Emas Paun
    8. 750 ( 18K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    9. 585 ( 14K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    10. 373 ( 9K ) - Suasa

    So , kalau nak tahu lebih lanjut . Anda boleh rujuk pada laman web ini  .http://www.powergold2u.com/fandigoh .

    Saya akan update lagi kemudian.. thanks sudi baca :)

    Sekian.

    Monday 20 July 2015

    #Kosongkosong #Inikanraya #Syukurselalu

    Assalamualaikum..

    Di pagi yang penuh dengan ketenangan yang mana menyambut hari kemenangan setelah sebulan kite sebagai umat islam berpuasa. Alhamdulillah.. Tahun ni memberikan satu nikmat dan rezeki yang melimpah ruah walaupon baju raye siap last minit..hehehehe :) Pukul 4 pagi baru dapat tido.. pagi2 pulak dah bangun nak sambut raya..hhoooraayyy!! RAYA...RAYA... ^_^




    #Thepeachgang

    Hari raya pertama yang penuh jadualnya..dari pagi beraya sampai la ke malam sampai nak ke pagi pulak.. Habis je beraya pagi ingatkan nak terus balik kampung kat KUANTAN , PAHANG.. tapi biase la kan..menyinggah sana , menyinggah sini.. last2 dari sini (KUALA KUBU BHARU) gerak petang jugak..dalam perjalanan yang penuh dengan cabaran..hujan lebat yang lebat plus excident yang melibatkan 2 3 kejadian.. Mohon hati2 la di jalan raya..Ingatlah keluarga tersayang... :) 

    So.. apa2 pon Fa mengucapkan

    " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
    " MAAF ZAHIR DAN BATIN "

    #Ceritarayakami
    #SalamKosongKosong
    #InikanRAYA
    #Syukurselalu
    #1strayaKKB&KUANTAN
    #2ndrayaKUANTAN&KKB