Wednesday 29 July 2015

Resepi Ayam Mimi

Jom masak resepi mimi ni...

1 ekor ayam (dipotong sesuke hati)
4 inci halia
7 biji bawang putih
11 biji bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili giling / cili boh
1 paket kecil kerisik
100ml kicap manis
1 biji santan pekat
3 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air

* P/S : bahan-bahan dianggarkan untuk 1KG ayam.

BAHAN A :

  1. Perap ayam bersama dengan kisaran halia dan bawang putih selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng perapan ayam tadi setengah masak.


    BAHAN B :

    1. Ambil minyak gorengan ayam tadi( anggaran 1 senduk ) untuk menumis bawang merah beserta cili giling/cili boh sehingga wangi.
    2. Masukkan kicap dan gaul bersama tumisan tadi dengan api yang kecil (sebentar sahaja)
    3. Masukkan BAHAN A beserta santan sehingga mendidih.
    4. Masukkan kerisik , gula melaka , air , garam dan daun kari.
    5. Kacau sehingga pekat.
    Selamat Mencuba

    No comments:

    Post a Comment