Tuesday 6 September 2016

Ouh Fomema...

Assalamualaikum.. letih pon tak hilang lagi bila ingatkn FOMEMA ni. pening cheq. Almaklum la.. first time buat kan.. Nak fahamkan die cakap xpaham kite dibuatnya. letih mak cik tau.. :( :(


Fomema . Mencegah dan prihatin .

Hari ni kita nak share sikit la yang telah kite lalui mase menolong pekerje kite renew passport die. Die cakap nak medical la , tak nak surat ni la nak buat itu la. Adoi.. pening mak. Akhirnya , Kite decide amik keputusan untuk call FOMEMA nak tanya apa langkah-langkah yang perlu saya buat.

Ok. First step .Anda perlu buat bayaran atas nama FOMEMA Sdn Bhd. Bayaran berikut boleh dibuat secara berikut.

i.  Kiriman Wang
ii. Bank Draf
iii. Cek

Bayaran yang perlu di amountkan adalah seperti berikut :-

Lelaki - RM190.80 
Perempuan - RM201.40 .

**Ini disebabkan ade GST(6%) ye , so kena bayar lebih sikit :)


So , sebelum pergi ke pejabat cawangan FOMEMA di setiap negeri. Pastikan semua dokumen yang diperlukan ada ye.. kalau tak nanti tak selesai lah kerja anda itu.. Kalau dekat nak ulang balik takpe. Tapi yang jenis jauh lepas tu tertinggal dokumen.kirim salam berjemaah la ye. Memang tak sanggup la nak berpatah balik semate-mate tertinggal dokumen tu. heheheheee :)


Dokumen yang diperlukan :-

i. Borang Fomema(boleh amik semasa kite kat pejabat fomema , siap tulis details skali ye)
ii. Salinan Passport (depan dan belakang)
iii. Salinan Permit
iv. Slip pembayaran yang telah kita buat (Kiriman wang/bank draf/cek)


Ok.. sebelom amik no pastikan borang fomema tu di isi ye. Lagi2 detail untuk buat medical checkup tu. Yang ni boleh pilih.. ade papan yang penuh dengan nama klinik , nama dokter , daerah mana and kod dokter. Dah siap boleh beratut untuk amik nombor giliran...menunggu jelah.. lame oit! :(


Ok. Nanti kite citer lain pulak nah. keje..keje..jgn nak taip blog je :) daaa...


No comments:

Post a Comment