Saturday, 20 January 2018

Prosedure Nikah Kawen ( Negeri K & Negeri S ) STEP 1 - Penukaran Mukim

Assalamualaikum..lame btul xmenghapdate blog cik faa ni..Almaklum la..kesibukan melanda bila dah berkahwin ni kan.. Alhamdulillah semua selamat. So.. saya pernah search untuk cari kalau saya nak nikah luar mukim tapi tak ada jawapan tu. So , nak menulis la sedikitnya sekiranya ada yang mencari kan. Selalunya orang akan nikah di luar negeri sahaja. So banyak artikel dan infonya.. Ok laa.. now im start! Bebel aje kan.. hahahahaaa

Ok laa.. cik faa plan nikah pon last minit..hanya persiapan dalam sebulan lebih je. Memang so fast so furious kan.. Ok laa.. first skali.. macam biasa laa.. lelaki akan isi borang dulu.. dalam tu ada isi la butiran yang diminta dan lampirannya(fotocopy sijil nikah) .. dah isi semua.. mintak sign penghulu kampung ke.. tok imam masjid untuk sahkan yang awak tu memang asal situ. OK?

Lepas settle tu , bakal pengantin lelaki boleh terus hantar dokumen terus ke pejabat agama untuk proses borang tu..tak silap cik faa.. borang tu seminggu dah boleh collect dan zupppp.. terus tunang bawak ke cik faa pulak untuk tingkah yang selanjutnyaa.. 😁😁  **ingat lagi waktu tu.. petang tu collect terus drive ke sini nak bg cik faa borang tu.. yelah..orang kate nanti xsempat kan siap. Thx encik tunang la.. die kehulu kehilir..

Ok.. now its my turn..

Hurmm.. mase nak buat borang tu.. kemalasan nya melampau sangat sampaikan nak tengok borang pon xboleh sampaikan kena sound gn encik tunang.. mungkin dugaan nya kan. Alhamdulillah..dah start je isi borang semua.. cetak semuanya dan simpan kemas dalam file.

Seterusnya , cik faa ni dari mukim A nak ke mukim B.. bukan xnak buat dekat rumah tapi xmuat nanti. Dikhabarkan takde orang tp Alhamdulillah belah suami ramai yg hadir walaupon jauh.. So ,decide bernikah di masjid. Lebih mudah untuk orang ramai sebab memikirkan tetamu dari jauh xfamiliar dgn kawasan kita. Kuarge mungkin tapi sedare mara mereka yg sanggup datang mesti nanti sesat tah mana2.. Ok la. Done bebel..

Actually, mulanya xfaham sgt prosedurnya.. Bila call ustaz dan mintak penerangan skali lagi dgn pantasnya buat hari tu jugak..

(Penukaran Mukim)

1. Pergi jumpa tok imam mukim anda. Mintak tanda tangan die untuk pengesahan pindah mukim.
 - ok la..kat sini ade cerita juga. Sy kena jugak marah sebab nak pindah mukim. Die kata ape bezanya nikah sini atau sana? Kalau tok imam dulu memang takkan bagi untuk perpindahan mukim. Sy kurang jelas kenapa nak kena soal padahal saya dah jelaskan keadaan nya seperti yg sy nyatakan. Kuarga dari jauh dan tak boleh nak kesana kesini.. takot sesat. Kalau xsesat mungkin akan lambat dan last2 xdatang sebab xtahu..penat nak tanya semua. Kan? Ok la.. last2 die sign dan sebelum tu soalan bab2 asas ditanya satu persatu..Alhamdulillah.. dijawab dgn baik. Takpa la tok.. tanya la janji saya boleh nikah ditempat saya nak tu.

2. Hantar ke pejabat agama untuk pengesahan untuk prosedur mereka.
-kat sini cikfaa ada masalah sedikit dan memerlukan prosedur mahkamah untuk next step.. untuk yang tiada masalah. Dia kan berikan no telefon ustaz ataupon tunggu panggilan(tak pasti) . Macam cikfaa ni.. dapat satu borang untuk ke mahkamah syariah dan perlu ke sana untuk prosedur seterusnya..

**nak kawen ni mudah tapi better isi borang awal , jikalau bermasalah masih ada masa untuk buat apa2..takot nanti sebab borang tertunda majlis perkahwinan tu..merana oii nanti..heheheee

Ok laa.. nanti untuk prosedur mahkamah..cikfaa taip dekat new entry ya! Stay tuned. Ada apa2 pertanyaan boleh komen dibawah 😊😊 .

No comments:

Post a Comment