Sebelum meneruskan ke tajuk.. Faa harap kite semua sedekahkan qunut nazilah dan berdoa buat saudara kita di Palestin. Aaminnn...
The story begin ...
1. Ambil borang di tempat memandu yang korang nak belajar nanti. So isi lah maklumat tentang diri dan sebagainya. Isi lah dengan penuh berhemah.
2. Fotostat Kad Pengenalan , Kad OKU , Borang 3 salinan dan gambar passport.
3. Hospital Kerajaan yang ada pakar Carakerja untum mengesahkan tahap kesihatan untuk memastikan kemampuan untuk drive nanti.
4. Hantar borang ke HQ JPJ -
Cth : HQ JPJ SELANGOR ( JPJ PADANG JAWA ) - Terus hantar borang ke kaunter (lupa dah kaunter berapa 😅) ** time faa haritu tak perlu beratur. Terus direct ke kaunter..Nak tahu lebih lanjut. Tanya la dekat abam yg jaga kaunter no giliran. Okey?....
5. Dalam seminggu dua..datang semula untuk ambil borang yang telah di cop oleh pegawai. ** Tunggu call
6. Bawa borang ke pusat memandu untuk step seterusnya 😊
Untuk makluman ini adalah untuk kategori OKU : MASALAH PEMBELAJARAN 😊
Hope sharing kali ni memudahkan dan dapat membantu urusan anda.
Terima kasih sudi meluangkan masa di page ni. Da-da... Bye .. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment