TOP

RAI ( Radioiodin ) tak boleh buat 😭

Assalamualaikum buat pembaca semua. Minggu ni faa dapat call untuk buat RAI. Happy sebab dah lama tunggu call. First call tak boleh buat sebab faa dh makan carbimazole. Esoknya call inform hari ahad. So , dokter bagitahu berhenti makan ubat carbimazole , berpantang makan & puasa sebelom minum iodin. Faa start stop amik ubat dari hari selasa lagi.

Pagi tadi kui 7.50 pagi  lagi start bertolak ke hospital. nak tak nak kena keluar awal itu pon sampai hospital pukul 9.05 pagi jugak. Dh cuba awal tapi gitu la eh.. nak masuk parking hospital pon jem. Mana tak nya. Lecah sana sini. Paling tak suka la hospital ni. Dh la ramai pastu parking menangis eh ðŸĪ•

 Jalan kaki 10 minit jugak.. sempat la berpeluh sebelom sampai jabatan nuklear tu. Thanks misi for the guide nak ke jabatan tu 😀

Dah sampai..serah borang , misi cari nama tak jumpa. Ahhh sudah.. tak mungkin silap sebab dah set reminder dalam fon.. takkan la salah dgr sebab 3 kali tanya.. bila misi sebut nama faa , ada sorang dokter ni dia cakap yup. Sy ada call. Legaaa..  misi biasa la baru bukak buku, mulut yang bekerja dulu. Memang tak jumpa laa nama faa tu. Huhuuuu

Dh settle borang. Tanya kad temujanji pulak. Nahhh.. takde. Kena pulak pergi ke kaunter pendaftaran setempat. Ramai giler org. Dari no giliran faa tu.. depan faa masih ada 40 org. Nasib dapat tempat duduk. Tgu setengah jam jugak. Daftar tu bayar RM 5. 

Next , kena panjat satu bangunan lagi untuk settle pembayaran & cop di borang biru. Tengah bayar , jabatan call..lama lagi ke puan? Ya Allah.. ingat hospital tak ramai org ke misi uii..saya dah secepat mungkin ni. Tunggu jap. Saya tengah buat pembayaran. Macam faa bukan kerja kerajaan so pakai duit tabungan sendiri je. Mahal jugak wehh tp takpe untuk diri sendiri.


Sampai je ,  faa terus ke jabatan nuklear semula. Dokter cakap lama nya pergi. Dokter , ramai org sangat²..tak lama tu ada seorang dokter perempuan sebut nama faa n ikot dia untuk cek kesihatan. 

Cerita tak best bermula...

1. BP tinggi.. first 158/65 , second 160/70 .

 Terus dokter bebel. Awak tak fit nak buat harini. Why? BP tinggi ( sekarang mmg becakap je , darah for sure naik , lepas tu dh suruh ke sana sini td. Memg harapan laa nak BP rendah. Faa sabar je) 

2. Awak tahu? ni simpton tiroid sebab tak duduk diam, memang keadaan macam ni saya dah tahu awak tak boleh terima untuk buat harini ( terus terang sangat sampai tak jaga hati patient )

3. Leher bengkak teruk : kenapa tak operate? Bengkak sgt ni. Awak tahu ke tak boleh buat? ( Mood swing tahap 1 )

4. Stop lithium , propanolol , carbimazole : atas saranan dokter sebelom ni , dia bole cakap pulak knp stop. Dah bagitahu dokter yang suruh stop & faa terus cakap. Kalau dokter cakap dengan saya mcm ni boleh call dokter yang observe saya why dia stopkan ubat tu ( serius sedih gile masa ni )

5. Ultra sound mana? Eh.. ultra sound pulak. Faa jumpa dokter selepas buat ultra sound dia cakap nanti jumpa dokter F, dokter F akan terangkan. Faa pon reply. Saya tak tahu dokter dan saya tak dengar lagi result nya sebab temujanji saya lambat lagi dgn dokter F tu. 

6. Dokter cakap ni tiroid yang tak terkawal & boleh kena tiroid storm. ( Mood tahap tak baik langsung , emosi out )

Then , suruh amik darah. Nak balik , the other dokter pesan dokter yang kaunseling tadi suruh pergi ED kalau teruk & tq dokter Z for asking one more time peluang untuk buat RAI tapi dokter tu kata tak boleh jugak. Takpe laa.. masa tu mood ke laut dalam dah.


Luahan hati : Dokter buat faa jadi tak seronok nak merawat diri. Faa dah beri kepercayaan kepada dokter sebab faa nak sihatkan diri semula. Sepanjang balik tu air mata jangan cakap laa.. banjir kete..hihiii balik rumah tu faa terus mengadu dengan husband. Pendengar setia as always. 

Moga Allah permudahkan urusan faa dan sihatkan faa kembali. Korang... Doakan faa.. Moga Allah balas setiap doa korang tu. Faa doakan juga korang always sihat walafiat , panjang umur , rezeki yang melimpah ruah. aaminnn ðŸĪē


Gambar sekadar hiasan . Bekalan kurungan seminggu tak jadi ðŸĪŠ


Nota kaki : after vaksin dapat penyakit ni. Help ðŸĪ•




No comments:

Post a Comment