Rawatan Radioiodine (RAI) - TIROID

Assalamualaikum buat pembaca. Alhamdulillah settle amik iodin harini setelah menunggu giliran setelah beberapa bulan tapi tetiba last minit melanggar pantang.  tetiba la 2 hari lagi tekak teringin nak makan udang celup tepung plus makan plak ikan rebus goreng. Dah masuk perut baru teringat. padahal dah hari ke3 berpantang. So terus whatsapp dokter cemana nak buat. tak ada nak buat apa la. injak tarikh lain. menangis ye takot kena injak jauh lagi . Alhamdulillah masih ada rezeki lagi :) Faa buat di HUSM Kubang Kerian , Kelantan.


PERKARA yang DILARANG KERAS SEBELUM RAI.

  1. TAK BOLEH SEAFOOD (termasuk keropok , budu dan yang berkaitan haiwan laut ) -  5 hari sebelum
  2. STOP CARBIMAZOLE - 3 hari sebelum
PERKARA yang perlu DILAKUKAN
  1. PUASA 4 atau 5 jam sebelum rawatan
  2. Kalau datang berteman ( seorang sahaja boleh ikot) - duduk belakang dan duduk bersilang dengan driver.
  3. Boleh start minum air masak selepas rawatan
  4. Start makan dan minum(air manis) selepas sejam rawatan
  5. Kuarantin seorang diri di dalam bilik berasingan
  6. Pakaian letak dalam bakul dan boleh basuh selepas habis tempoh kuarantin
  7. Sisa makanan buang setelah tempoh kuarantin tamat
  8. Tandas seeloknya tak berkongsi ( kalau takde toilet lain flush 3 kali dan bahan kumuhan tu kena bejaga la jangan terpecik sana sini )
  9. Tandas jauh dr bilik tak ada masalah tapi kena berjaga la air mata , hingus , bersin tu cover
  10. Minum air masak banyak banyak okeyhhh... 90% bahan keluar dari air kencing dan 10% lagi dari peluh , air liur dan lain-lain :)
  11. Boleh makan asam kalau rasa sakit tekak :)

So far dah 2 hari ni tiada simptom apa-apa dan hope Allah mudahkan urusan faa selama 8 hari dan lepas tu bebas :) 


Ini citer faa , apa-apa korang bole tanya sebelum start rawatan sebab ada sesi diberi info dan boleh lontarkan pertanyaan pada dokter yang handle korang tu.

Kalau bab makan memang 2 hari ni makan ayam je. senang sebab memang hantu ayam and sayur sawi. hahahahahaaa 

Thanks baca :) 
Moga kita sembuh dari penyakit ni.. Aaminnn :) 



Saya disahkan pesakit tiroid . Doakan saya :)

Assalamualaikum readers. thank you sebab masih hadir membaca di sini . Lately ni , nak share sikit apa yang berlaku dua tiga mejak ni. 

TIROID ?

Tiroid merupakan seorang pesakit yang mempunyai bengkak di leher , mata besar , dengupan jantung laju ( jadi cepat penat ) , berat badan susut dengan cepat . Semua simptom ni ada pada diri faa.  Penyakit ni , dokter kata bahaya kalau dibiarkan akan effect ke organ lain. 

Actually , dah lama faa dapat tahu penyakit ni tapi buat tak kesah je. Korang faa share story macam mana faa setuju nak start balik untuk cure.

So , sebulan yang lepas .. Pagi tu , faa ke klinik sebab demam tak kebah-kebah. pergi la jumpa dokter dan dokter assist kita untuk tiroid. Masa tu , dokter bagi ubat untuk makan kawal tiroid dan akan buat temujanji untuk pantau tiroid ni dah stage berapa dan lain-lain. Dokter suggest untuk operate. Masa tu beritahu dokter yang tak ada ke kaedah lain selain operate. Sheraammm eh dengar operate-operate ni.. :'(

Then sambung hari yang sama , malam tu , jadi tak selesa dan ke kecemasan terus kena tahan wad. Dokter kata kondisi tak berapa okey so dokter pindah ke hospital yang ada pakar. Faa stay hotel 6 hari . Dokter kata stay for a days lagi tengok macam mana tapi tak leh uii. tak kuat :( Setiap hari , darah..darah n darah... sampai tangan kiri kanan lebam-lebam. 

so , dokter kata okey saya discaj selepas 6 hari . Lega.... boleh balik rumah , rindu ooo.. suasana rumah sendiri ni lain sikit. heheheeee :)

Maka dengan ini hospital menjadi rumah kedua , setiap seminggu or dua minggu akan jumpa dokter. Korang doakan faa sihat seperti dahulu , i miss my old me . tak nak la makan ubat je. bosan wehhh.. tak lalu tengok ubat warna putih jeee.. Fa  anti la warna putih.. aci la ehh.. heheheeee :)

Esok serah diri amik darah lagi then tunggu tarikh / waktu nak buat RAI ( Radioiodin ) .


Doakan saya sihat kembali dan pulih dari penyakit ini. Thank you! :)