Thursday 29 October 2015

JANGAN TOLONG!!!

Assalamualaikum.. lama betol tak mengapdate laman bertulis yang mcm tak bertulis sgt ni.. hari ni , nak story sikit berdasarkan apa yang terjadi...


JANGAN TOLONG! 


Yes.. itu lah ayat yang sering kita akan pakai bila dah tolong orang , orang TIKAM BELAKANG.. oucchhh...sakit beb... huuurrmmm..... it's not rite la kan.. Kenapa la dengan orang yang macam ni kan.. tak puas hati tak nak cakap depan-depan.. Awak cakap lah dengan tuan badan kan senang. Awak buat macam tu menutup pintu rezeki die.

Cuma berharap bertabah lah dia dengan apa pun yang berlaku cumanya beringat sebelum terkena lagi.. U strong beb!

Tuesday 25 August 2015

#Gold 4

Assalamualaikum..

Moga kita tak terganggu dengan masalah negara yang dikhabarkan dengan pelbagai berita yang tersebar. Lagi2 dengan nilai wang kita semakin jatuh menjunam..

Pagi2 lagi saya dah dapat call dari salah sorang customer untuk menanyakan perkara mengenainya. Memang wang ringgit mula dikatakan semakin teruk sampaikan ada berita yang menyebarkan pelajar2 yang berada di luar negara mengalami masalah untuk pertukaran mata wang.

So , di sini saya ingin mengajak semua untuk membuka mata dan celik dengan "PENYIMPANAN EMAS SEBAGAI ASET MASA HADAPAN". Bukan untuk mengambil kesempatan tapi melabur lah untuk ia kekal sebagai aset. Jika hendak dilaburkan untuk hartanah.. nilainya besar dan kita tidak mampu untuk membelinya sekali gus..Apa kata kite mengorak langkah pertama untuk melaburkan sedikit wang untuk penyimpanan yang lebih baik..

Bagaimana nak mulakan?

Mulakan lah dengan disiplinkan diri menyimpan 1gram untuk 1 bulan , jika mampu.. untuk beli lebih pun tak apa. Bagi yang tidak mampu untuk maintain 1gram sebulan pun tidak mengapa memandangkan itu hanya la slogan untuk menggalakkan sesiapa yang baru menceburi diri dalam bidang ini.

Bayangkan pada hari ini , kalau anda mula menyimpan dengan hanya 1gram sebulan . Setahun nanti diam tak diam , kita sudah berjaya memiliki 12gram.


Sekian. Itu sahaja perkongsian dari saya. :) nanti saya sambung lagi :)

Wednesday 12 August 2015

Gold #3

Assalamualaikum.

Saudara /saudari..jom bace.. :)


Refresh...refresh


Pakej keahlian powergold:


1- RM350 (Gold) Terbaru

2- RM380 (Gold)

3- RM450 (Solid Gold)

4- RM3800 (Super Power Gold)-Stokis




Kelebihan Gold (RM350)

- Free 0.5g syiling emas

- RP1 RM500 (syarat 1 tajaan)

- Sponsor bonus L1 rm40, L2 rm10

- sistem

- Layak membeli harga EMAS murah




Kelebihan Gold (RM380)

- Dpt 7 jenis produk kesihatan.

-Sponsor bonus L1 rm40, L2 rm10

- Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org)

- Sistem

- Layak membeli harga EMAS Murah




Kelebihan Solid Gold (RM450)

- Dpt 1/4 Dinar.

-Sponsor bonus L1 rm50, L2 rm10

- Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org)

- Tabung RPIII = RM250 (syarat menaja 1 org)

- Sistem

- Layak membeli harga EMAS Murah.




Kelebihan Super Power Gold (RM3800)

- Dpt 2 Dinar

- Sponsor bonus L1 rm400, L2 rm100

- Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org)

- Tabung RPII = RM1000 (syarat menaja 1 org)

- Sistem

- Layak membeli EMAS harga Murah

- Mobile Stokis

- Upah Register

Gold-RM10

Solid Gold-RM10

Super Power gold




Pakej ahli ada 4 pilihan. Jadi yang belum join boleh pilih mana-mana pakej yang tersedia.




KEMPEN SIMPANAN EMAS DEMI MASA DEPAN ANDA SEKELUARGA




‘1 GRAM, 1 BULAN, 1 KELUARGA, 1 MALAYSIA, 1 DUNIA’







Kejayaan Selalu Buat Anda!

Tuesday 11 August 2015

Resepi Kuah Kacang Mimi

Dah buat ke resepi yang lepas.. sedap ke? hehe :) jom cube resepi kuah kacang mimi pulak :P


BAHAN-BAHAN 
1 cawan minyak masak
7 biji bawang kecil
7 tangkai cili kering
2 batang serai (di titik sedikit sehingga pecah)
1 liter air
1 kerek(kepingan nipis)gula melaka
500gram kacang tanah (digoreng ranggup dan ditumbuk halus)
garam secukup rasa


BAHAGIAN A :
Panaskan minyak.
Goreng bawang kecil yang telah di bersihkan(x perlu di hancurkan)sehingga naik baunya dan angkat.
kecilkan api dan goreng cili kering sebentar supaya ranggup(jangan hangit)dan angkat.
padamkan api seketika.

BAHAGIAN B :
tumbuk bawang yang di goreng tadi sehingga lumat.
masukkan cili kering yang rangup tadi dan tumbuk sehingga sehingga hancur dan sebati 
bersama bawang

BAHAGIAN C :

  1. Panaskan minyak sehingga panas.
  2. Masukkan serai ke dalam minyak dan  tumis sebentar sahaja
  3. Masukkan BAHAGIAN B tadi.
  4. Masukkan air.Kacau sehingga kacang dan bahan-bahan benar-benar sebati.
  5. Masukkan gula melaka dan garam.
  6. Kecilkan api dan kacau kerana kacang akan mendap di dasar kuali dan jika api besar ia akan menyebabkan hangit.
  7. Akhir sekali , kacau sesekali sehingga pekat.

Selamat Mencuba !

Sunday 9 August 2015

Gold #2

Assalamualaikum... JOm bace sekejap.. :)



5 Sebab Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang.
Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang?

1. Keselamatan
Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah alaminya?

2. Perlindungan
Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding Dollar sekarang.
Emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan
Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon.
Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula.
Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni.
Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.

4. Tahan Lama
Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang.


Emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.

5. Hak Pemilikan Dan Pengelolaan Sendiri
Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.
Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.
Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yg lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera.
Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti.
Jadi belilah emas, beli emas sekarang. Beli emas dalam bentuk yang betul...
Jangan berlengah lagi.

"1GRAM, 1BULAN, 1KELUARGA"



Whatsapp : 0175878827 
Web Referral : http://www.powergold2u.com/fandigoh --> saya ahli powergold!

Monday 3 August 2015

Gold #1

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah ke hadrat Illahi.. Sesungguhnya saya di sini ingin berkongsi bagaimana hendak mengorak langkah pertama. 

Dah bersedia ke nak mengorak langkah ?

Pernah terfikir nak mengorak langkah untuk maju dan menjadi lebih baik dari hari semalam?

Pernah fikir tak yang langkah apa yang mampu buat anda rasa ianya menjamin masa depan?

Pernah dengar pasal EMAS ? Wow..menarikkan.. ^-^
Emas ni banyak dah keluarannya. Kalau dulu kite sering dengar barang kemas je , tak pon emas 916. kan?? So sekarang.. Emas ni dah meluas. Syarikat yang mula ditubuhkan dah keluarkan emas dalam bentuk Gold Bar atau dikenali dengan bahase melayu nya JONGKONG EMAS. Seketul emas nak pegang..Tapi sekarang takde lagi macam tu. teknologi dah canggih dah dibentukkan emas dengan berat yang ringan dan kecil serta mudah untuk dimiliki oleh pembeli.So.. ape lagi , teruskan menanam sifat untuk menyimpan 1 keluarga 1 bulan 1gram

Sekian. nanti sambung lagi.Selamat menimba ilmu. apa yang salah mohon perbetulkan. :)

#boleh whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut. jom join saya.. In Sha Allah.. sama-sama kite terus menimba dan belajar.

Whatsapp : 0175878827 
Web Referral :http://www.powergold2u.com/fandigoh --> saya ahli powergold!

Saturday 1 August 2015

Nasi Ayam Mimi

Huish sedap betol Nasi Ayam Mimi ni.. sekali makan pasti teringat sampai kadang-kadang termenung dan terfikir rase tu :P


BAHAN-BAHAN (untuk 5 orang)

Bahan-bahan untuk rebusan sup ayam.

1 kiub ayam knorr
3 liter air
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
1 ketul halia (seinci setengah dititik sedikit)
3 beradik (bunga lawang , buah pelaga , kulit kayu manis)
garam secukup rasa

  • Cara-cara memasak sup
  1. Panaskan air , masukkan halia , 3 beradik dan kiub pati ayam.Biarkan sehingga mendidih.
  2. Cedukkan sup untuk memasak nasi.
  3. Untuk hidangan sup ayam , hidangkan beserta bawang goreng , hirisan daun sup dan daun bawang.

Bahan untuk masak nasi.

3 pot beras
2 sudu besar manjerin
1 biji buah pelaga (ni takde 3 beradik , die anak tunggal je.. hahahaha :D)
1 labu bawang putih (ditumbuk lumat)
Air sup mengikut sukatan beras
Garam secukup rasa



  • Cara-cara masak nasi.


  1. Panaskan majerin , masukkan buah pelaga dan bawang putih.Tumis sehingga garing dan naik baunya.
  2. Masukkan rebusan sup ayam dan tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan garam.
  4. Kacau sebentar perlahan-lahan.
  5. Tutup periuk dan biarkan ia masak seperti masak nasi biasa.

Bahan-bahan untuk ayam.

1 ekor ayam (belah dua)
setengah cawan kicap cair
2 sudu lada sulah
setengah sudu gula
sedikit garam
(Perap selama 30 - 40 minit)


  • Cara-cara masak ayam
  1. Panaskan minyak (minyak tersebut mestilah menutupi/ampuh ayam semasa digoreng)
  2. Goreng di dalam periuk bertutup dengan api yang sederhana.
  3. Setelah ditus minyak , potong ayam mengikut cita rasa sendiri.

Bahan-bahan untuk kicap

100ml Kicap lemak manis
50ml air 
garam secukup rasa

  • Cara-cara membuat kicap untuk Nasi Ayam
  1. Campurkan kesemua bahan diatas.Kacau dan rasa.

Bahan-bahan untuk sos/air lada

15 tangkai Cili kering (dibuang biji)
3 biji bawang putih
70ml air
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit tepung jagung (untuk pekatkan sos)

  • Cara-cara membuat sos/air lada
  1. Blender cili kering , bawang putih beserta 70ml air sehingga hancur.
  2. Masak di atas api yang sederhana.
  3. Masukkan gula , garam dan tepung jagung.Masak sehingga masaklah.heheheee :)


SEKIAN

Wednesday 29 July 2015

Resepi Ayam Mimi

Jom masak resepi mimi ni...

1 ekor ayam (dipotong sesuke hati)
4 inci halia
7 biji bawang putih
11 biji bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili giling / cili boh
1 paket kecil kerisik
100ml kicap manis
1 biji santan pekat
3 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air

* P/S : bahan-bahan dianggarkan untuk 1KG ayam.

BAHAN A :

  1. Perap ayam bersama dengan kisaran halia dan bawang putih selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng perapan ayam tadi setengah masak.


    BAHAN B :

    1. Ambil minyak gorengan ayam tadi( anggaran 1 senduk ) untuk menumis bawang merah beserta cili giling/cili boh sehingga wangi.
    2. Masukkan kicap dan gaul bersama tumisan tadi dengan api yang kecil (sebentar sahaja)
    3. Masukkan BAHAN A beserta santan sehingga mendidih.
    4. Masukkan kerisik , gula melaka , air , garam dan daun kari.
    5. Kacau sehingga pekat.
    Selamat Mencuba

    Kenali Emas

    Assalamualaikum.. hai semua..


    Kite nak share sikit tentang EMAS.. wow! Menarikk..kan.. :)

    Bile dengar pasal Emas orang mesti dok cakap yang dyeorang ni takde duit nak beli. Tapi pernah tak anda terfikir nak menceburkan diri dengan perkara ni. In sha Allah.. Emas ni akan membantu anda membuat simpanan dengan baik.  Bak kata pepatah " simpan sikit-sikit , lama-lama jadi bukit " .

    So mula-mula , kite kenali emas dulu..

    Mari belajar Unit Timbangan Lama Emas

      1. 1 KATI = 600gram
      2. 1 TAHIL = 37.8gram
      3. 1 PIKUL = 60.48kg
      4. 1 MAYAM = 3.37gram
      5. 1 RIAL = 2.7gram
      6. 1 KUPANG = 0.64gram
      7. 1 AMAS = 2.551gram
      8. 1 SUKU = 0.8425gram
      9. 1 BUSAK = 0.337gram

    Ketulenan EMAS yang diukur pada zaman dahulu :-

    1. 999 ( 24K ) - Emas sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas 
    2. 950 ( 23K ) - Emas Kelantan / Emas 9 1/2 
    3. 916 ( 22K ) - Emas Singapura
    4. 900 ( 21.6K ) - Emas Sembilan
    5. 875 ( 21K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    6. 835 ( 20K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    7. 800 ( 19K ) - Emas Paun
    8. 750 ( 18K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    9. 585 ( 14K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    10. 373 ( 9K ) - Suasa

    So , kalau nak tahu lebih lanjut . Anda boleh rujuk pada laman web ini  .http://www.powergold2u.com/fandigoh .

    Saya akan update lagi kemudian.. thanks sudi baca :)

    Sekian.

    Monday 20 July 2015

    #Kosongkosong #Inikanraya #Syukurselalu

    Assalamualaikum..

    Di pagi yang penuh dengan ketenangan yang mana menyambut hari kemenangan setelah sebulan kite sebagai umat islam berpuasa. Alhamdulillah.. Tahun ni memberikan satu nikmat dan rezeki yang melimpah ruah walaupon baju raye siap last minit..hehehehe :) Pukul 4 pagi baru dapat tido.. pagi2 pulak dah bangun nak sambut raya..hhoooraayyy!! RAYA...RAYA... ^_^




    #Thepeachgang

    Hari raya pertama yang penuh jadualnya..dari pagi beraya sampai la ke malam sampai nak ke pagi pulak.. Habis je beraya pagi ingatkan nak terus balik kampung kat KUANTAN , PAHANG.. tapi biase la kan..menyinggah sana , menyinggah sini.. last2 dari sini (KUALA KUBU BHARU) gerak petang jugak..dalam perjalanan yang penuh dengan cabaran..hujan lebat yang lebat plus excident yang melibatkan 2 3 kejadian.. Mohon hati2 la di jalan raya..Ingatlah keluarga tersayang... :) 

    So.. apa2 pon Fa mengucapkan

    " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
    " MAAF ZAHIR DAN BATIN "

    #Ceritarayakami
    #SalamKosongKosong
    #InikanRAYA
    #Syukurselalu
    #1strayaKKB&KUANTAN
    #2ndrayaKUANTAN&KKB


    Wednesday 17 June 2015

    Wordless Wednesday : Salam Ramadhan 2015


    :: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ::


    Unsubscribe Data for Celcom Prepaid ?? Baca Sini....

    Alhamdulillah ... banyak jugak feedback dari artikel kite yang lepas. BACA SINI So , kat sini , kite nak add sikit pembaharuan yang celcom upgrade dalam MENU. So , kepada pengguna celcom , lagi2 yang menggunakan prepaid BERITA BAIK buat anda. BERITA BAIK ke?? terpulang la kepada pengguna. rasanya CELCOM sendiri telah menaikkan tarafkan penggunaannya untuk pengguna mereka.

    So , kepada pengguna PREPAID , pada mereka yang always subscribe internet tu .. Meh tengok pembaharuan yang korang boleh buat.

    1. Dial *118# ;

    2. Pilih " Internet Plans "

    3. Pilihan

    • Bulanan : RM54 4GB ;
    • Bulanan : RM38 2GB ;
    • Bulanan : RM25 1GB ;
    • Mingguan : RM10 500MB ;
    • Harian : RM5 300MB ;
    • Harian : RM1 30MB xtra 30MB PERCUMA ;
    • Chat : RM5 50MB ;
    • SOCIAL : RM10 150MB 
    **itu je pakej yang ditawarkan , maybe upgrade lagi kite update lagi okeh ..

    Kalau anda dah subscribe tapi DATA dah HABIS. Anda boleh subcribe lain.. dengan MENAMBAH DATA .. Boleh rujuk sini --> TAMBAH DATA


    Tapi sekarang ada pulak masalah baru.. dah tambah data tapi TARIKH LUPUT hampir , esok je lagi tinggal.. Korang chill sikit.. anda ada MENU baru iaitu " Bawa ke Hadapan Baki Internet " ..fffuhhh~ lega kan..sekurang2nya data yang tadi itu tak membazir dan boleh digunakan.

    Hope Celcom will serve their customer CUN-CUN , supaya customer tak lari ke telco lain..kan....hehehe :)

    Ok la .. rasanya itu sahaja penaipan saya kali ni.. Kalau ada pertanyaan bole la komen , In Sha Allah , saya akan balas komen anda tu ..Selalu lah jenguk2 my belog ni yaaa :) 


    THANKS to ALL READER 
    jika ada yang tersalah , mohon perbetulkan.Harap info ini berguna untuk anda :)


    Tuesday 16 June 2015

    Selamat Pengantin Baru #BFF!

    Alhamdulillah .. Dari 3 orang , s0rang dah selamat..

    Tarikh 7/6/2015 , selalu tarikh yang i asyik tanya die.. Bile eh u punye wedding? hari ape .. sampaikan die marah..hahahaha :D actually bukan i je yang tanya..#BFF yang soram lagi pon tanya jugak tarikh tu.. :P Ok.. bukan bermakna kami tak ingat tarikh tu , kami tak SAYANG .. kan kak yan? hehehe tapi memang i lupa la tarikh tu..  SORRY!!!! ampun bukkk...

    Tapi dalam lupe-lupe tu , i attend jugak wedding die walaupon tak ikot secare keseluruhannya sebab i baru lepas excident..s0 , tak dapat nak jadi dayang bunting die untuk her special day tu :( malang tak berbau..Tapi i tetap gagahkan diri untuk attend her wedding reception @Taman Tasik Titiwangsa bertemakan warna purple dan peach.. her wedding dress lak in Gray n White kaler.. memang cantikk sangatt..lagipun u memang da gojez beb!

    So ni semua gambar kami bersama-same yang sibuk nak selfish on her DAY!



    #selfish ramai2 on her day! #nampak separuh jiwaku pergi disebabkan semua xnak pegang kamera , kononnya waktu ni i paling tinggi tapi hakikatnya rendah.... :P


    #Poli Gang , Nazirah (tepi sekali) yang still single , nak number boleh komen kat bawah.
    So , before she arrived , selfish luu... hahahaha :D




    #PrincessKhachak team !



    Wiishing u and ur husband yang baik-baik , moga perkahwinan yang dibina dikonkrit ini terus berbahgia until jannah..


    Kemalangan Ringan ; CLAIM SOCSO

    Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih lagi bernafas dan diberi nafas untuk terus menjalani hari-hari yang mendatang.

    Tarikh : 1/6/2015 , Ntah di mana silapnya , boleh terbabit dalam kemalangan. Nasib selamat dan masih boleh kuatkan diri untuk tidak lemah.. So , kemalangan ni telah menyebabkan motor kesayangan kite tak boleh pakai lagi..motor zaman poli tu.. dah 7 tahun bersama kite.nak buat macam mana kan..rezeki tak ado , kena redha jelah.. hurrrmmm... :( Walaupon hari ni cukup 2 minggu kemalangan itu berlaku , kesan-kesan masih ada.. teruk jugak kan kalau berjahit 4 jahitan kat kelopak mata..skin loss kat dagu dan kat bawah hidung ditampal.. sempat jugak kakitangan-kakitangan tu bercanda-canda mase proses dressing.. nak mintak upah bagai sebab dah tolong kite baikpulih keadaan.. isk3.. kite yang tengah2 sakit tu pon menyempat je mereka2 ni..haisshhh :)

    So , after this , no more motorcycle , pergi kerja adik kite hantar and amik..terase macam BOS kecik besar ..hihihihiii :)tapi hasil dari kemalangan tu.. Muke Berparut..sadiss... :'( Sekarang dalam proses untuk CLAIM SOCSO sebab kemalangan tu masa kite on the way nak pergi kerjaaaaa... haisshhh -.-"

    So , siapa yang terlibat dalam kemalangan , first step is ...

    1. Pergi hospital ( bagi yang cedera like me ) untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan status kemalangan , dokter isytiharkan peperangan keberehatan di WAD selama 7 jam..selame tu , harus lah berpuase ye.. no food no water.. Time ni kite dapat MC selame 7 hari dan tak diwardkan sebab kite tak mahu stay kat spital .. taknak susahkan hati mimi n papa yang nak jenguk kite nanti..so better balik rumah..ramai yang boleh menjaga n tengok2kan kite.. :)

    2. Pergi Balai Polis Jenayah Trafik ye , untuk membuat report kemalangan.. mase tu cerita lah macam mana boleh berlaku. dari mana and segala-galanya dengan terperinci untuk abam2 atau kakak2 polis tu taip masok dalam report. Then , lepas siap tu.. balik laa.. hehehe :) **jangan lupe beli salinan original report ye , hanya RM2 sahaja.. selepas sehari atau 2 hari..

    3. So , bagi yang mahu claim SOCSO , sediakan la dokumen-dokumen berikut :-


    • Borang - Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara ( Company mesti ada , kalau tak ada boleh pergi dapatkan borang di pejabat PERKESO yang berdekatan. klik --> LAMAN WEB PERKESO
    • Sijil Cuti Sakit Asal / Salinan Sijil Cuti Sakit
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu(Punch Kad)-disahkan oleh majikan.
    • Laporan Polis Asal/Salinan Laporan Polis
    • Peta Lakar ( tempat mula perjalanan --> laluan yang diikuti --> tempat kemalangan -->tempat yang dituju )

    So , untuk mendapatkan MEDICAL REPORT , kena pergi socso selesaikan perkara diatas untuk next step... SEKIAN.. Nanti update lagii... :)


    #Anak buah asyik tanya2 je ape yang mak long die buat..nak tulis pon tak senang..hahaha :D OUT dulu la kan... :) #KEPOCHIje :P                    

    sambungan yang seterusnya..Maaf baru update ..heheheee " Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO Part 2 "


    Sunday 14 June 2015

    Jalan-Jalan CHERATING , TERENGGANU

    Assalamualaikum.. lama sungguh tak mengusik harta ni.. segala cerita nak dikongsikan bersama semua..start last end month of MAY memang buzy gilos! heheeee :)


    So , nak mulakan dengan trip ke Cherating wif my Ofismate yang SUPERB OHSEM and also workmate yang lain...kami berkonvoi lepas habis kerja..fuhhh~~ Habis kerja semua siap2 beg nak bercuti..Yehaaaa!! So excitingg!!!


    Bertolak dari Batang Kali pukul 4 hampir 5 petang... pergghh... tgu anak2 laki macam pompuan lamenya gilos la bersiapp.. heheheee So perjalanan yang diambil memang lama jugak la.. ramai kan..ramai ke?? padahal 2 family and 4 org bujang include me ..

    So.. sampai ke sane dalam pukul 8 malam ; exit Tol LPT......


    So , terus laahhh ke homestay yang dibooking..penat tapi excited punye pasal kan.. i through kan jugak perasaan tu nak enjoy the time.. takkan nak bazir masa kan.. rugi lah.. nanti2 boleh qada tido tu..huhuhhuuuu ^_^ .. Malam tu lepas mandi dan bersiap..terus pergi makan...lapar sangat katenyaaa..so sempat selfish for the days and lepak2 pantai cherating tu sebelom melelapkan mata yang makin kuyu tu..


    Next in da morning.. nak cari nasi dagang yang kononnya nak bangun pagi tapi pagi la sangat..nasi tu dah selamat berdagang dengan jayanya dari perlabuhan..biasa la..schedule bukannya boleh ikot sangatkan..hehehe :) Lepas semuanya dah OK , Kami terus meneruskan agenda seterusnya iaitu BREAKFAST and cari KEROPOK LEKOR , SATA , OTAK-OTAK for makang2 dalam kete and pantai. Tapi.. anak2 yang tak sabar and asyik soal..bile la nak pantai! nak mandi! *fa pon same excited okehh! heheheee :)


    So kalau koram nak beli semua tuh.. pergi kat PANTAI TELUK MAK NIK if im not wrong the name laa...heheee *first time sampai sini kot :) kat situ..banyak betol orang yang mengusahakan makanan-makanan yang famous , laris and ohsem in terengganu ni..

    #suggest korang carik keropok lekor buatan KUDA LAUT .. memang sedapp.. siyesly tak tipu..memg kebaboom,,





    #iols belanje pic selfie sikitt!!! :) tepi benteng PANTAI TELUK MAK NIK!
    #mohon jangan maraaa aaa.... :P



    Then , event utama ke sane sebenarnya nak PANTAI! yehaaa...Memang gempak je..Al maklum lah kan , dah lame bebenau iols tak jumpe pantai.. hehehee :) So , i yang xcited dari budak kecik yang ada tu..terus pergi mandi pantai..lame jugak la. nasib muke tak berapa nak rentung sangat la.. angin n ombak pulak time tuh memang best.. Lepas je mandi n siap2 nak balik..sempat la grab SOUVENIER...So , start gerak balik rumah..mandi lagi sekali then terus gerak ke TG LUMPUR.. nak tahu buat ape.. see on next chapter okehh :)




    #Kenanganwithworkmate #batangkaliteamwork #endofMAY #terengganu #30-31MAY2015


    Sunday 12 April 2015

    Happy Besday Abg Ros!!!!

    Actually die ni sebaya fa.. tapi fa lebih selesa panggil die "Abg Ros".. Why?? Sebab die lembut..wakakaka 😁😁😁

    Okey.. 7 April 2015 , i and my opismate hang out together yg lame nya tak keluar sebab bz and masing2 ade komitmen padahal we all dalam satu bangunan je pon.. *Tapi... Abg ros je kat lua sebab die ada bengkel..hehehee

    So , petang tu die dah bising2 cakap nak hang out sesame..tapi kite xnak caye coz die penah tipu kite.. hehehe 😀😀😀 memang kite merajuk la xnak kawan.. Boleh die tido dgn nyeknyaknya kat umah.. Huh!!!! *padahal fa tahu die xlarat,saje dok menguji daya mental n fizikal..kejam sikit..biar die jadi rekrut yg tuff..Hahahaha 😃😃😃

    Lame jugak rajuk tuh sampai kan orang tuh tanye opismate kite yang kite xnak cakap dengan die..hahaahahaaaa 😁😁😁 #Padanmukekau 


    So..akhirnya, jadi la kiteorang keluar..tapi biase la kan.. janji dicapatikan *kalau makan capati lagi umphh.. So.. janji pukul 8.30pm , tapi waktu tuh baru nak kuar rumah..ntah2 x kua lagi sebab opismate kite kate die LAMBAT!!! *harap waktu tu sedapkan hati trafik jam walaupon tahu jalan xjam..erghhh ^_^ v Pada mulenya ingat nak g lepaking2..tapi melencong naik flight 3 4 hari terus pergi Aeon beli tiket wayang.. Hahaha 😁😁😁 Beratur la beli tiket wayang tuh..Alamak! Kul 11.45pm cternya..layan jelah kan.. sementare nak nunggu tuh..melantak nasi sebab "Orang tu" die xnak makan yg instant yg drive thru..xreti..pas uh buat muke mintak simpati nak mamam nasi.. Tapi disebabkan die.. carik jugak la kedai nak mamam nasi..order macam hari siang je..padahal dah kul 10pm lebih..order plak macam ade 1 kampung yg follow..hikhikhiks :P *selesai bab makan..samhung wayang punye story...

    So..belilah popcorn yang macam ramai yg macam lapar sangat tu..sampai 2 bekas popcorn..1 besau 1 sedang.. air plak sampai 2 botol mineral 2 cup ais lemon tea..  *mamam lagi ,gemok la jawabnya... ^_^v so..bile dah malam.. duduk plak dalam aircond..mule2 tu mate boleh lagi tahan tapi akhirnya tewas..bunyi sound system pon xmampu nak gegar kan kami berdua dok berdengkur..hahaha 😀😀😀😀 rilex je ..macam kat umah.. nasib la si semak samun tu xtido n layan movie tu sampai "The End"..Disebabkan fikiran ni masih fresh teringat la kat popcorn yang disimpan khas di sebelah untuk tuang atas pale..uih..menjadi smpai sempat berwefie adegan2 tu..so memories for 3 of us.. DAEBAK! TERBAIK! OHSEM!


    So...wish u all the best in future.. dengar kate tahun ni naik pelamin bersame bakal suri.. hope everything fine okeh!

    ##belanjegambarsikit..smileeee :)



    #*before check in,posim dulu*#


    #mengantuk sudah.. the end sampai sini la ye.. nak peluk bantal terung pepel kite dh ni..Nite!


    Saturday 11 April 2015

    Langkah Pertama...

    Assalamualaikum..

    Ehem2.. nak share sikit dengan semua.. Pernah dengar pasal emas? Bile taip pasal emas..banyak artikel2 yang akan keluar dan ramai jugak yang berjaya buat pelaburan ,simpanan dan sebagainya. 

    Anda nak tahu? Boleh la klik pada link yang berikut.. 

    >>> Klik sini <<<

    Jom start..bile lagi nak mula kalau bukan dari sekarang.. :) 


    #jomsimpan1gram1bulan1keluarga

    Tuesday 7 April 2015

    3 + 1 + 1 = hangout!

    Assalamualaikum..

    Benda yang tak dijangka.. kalau sehari sebelumnya menjadi hari buruk fa.. tapi....hari ni.... menjadi hari yg membuka lembaran baru.. Alhamdulillah.. with u as my friend yg tak lama lagi nak balik indonesia..Just wanna to says that im scared to lose u for that time.. mungkin air mata la yg akan menitis..u know something..proud of u coz u boleh selesa berkawan dengan kawan2 i walaupon itu kali pertama n jumpe yg hanya 2 3 jam je.. thanks a lot ya! Being my ears.. 😊😊😊😊 *sory kalau boring bile berjalan dengan aku..aku xpandai sangat nak tunjukkan Malaysia tu cemana.. hahahaa ^_^



    #Slamet Wahyudi
    #his name the unik one for me but my twins call him by the name of "Suke2".. Hahahaa 😀😀😀😀

    For my BFF.. u know something.. it a weird thing that im doing.. pelik and janggal..hahaha 😁😁 tapi nak say thanks korang berdua.. olwez be my side..jumpe i walaupon plan tu xsmpai 12 hours pon..terus dapat jumpe.. wahh! Siyes teruje gile.. first nampak u turun escalator tu..hati i xtahu nak describe ape juz happy to see u twins!!! 😂😂 and i buat u takot sebab i muncul infront of u.. Hahahaaha 😁😁😁 Sory okeh! For kak yan plak , thanks sebab u kena buat jadual u letak time ur datim kne ade i..nasib la kan..nak jumpe jugak..Thx Fuad..bawak my sista tuh jumpe i..ngee ^_^

    So..kite decide to lepak n buruk2 kan diri cerita hal lame..hadoi..memg itu la perkara paling forever n ever yg kite akan buat..duduk satu meja.. huha..huha.. makan..minum n sambung balik becerita..so suwetz.. kalau la masa tu panjang lagi memang nak sambung lagi berstory..ngeh3... 😆😆😆😆

    So.. fa nak belanje pic siket yg ade takde tuh.. hee 😄😄😄😄


    _twins_me_suke2_


    _mysista_her"Abang"_ 

    So..bile dlm perjalanan balik tu..still kite chitchat2 in whatsapp group..group 'Princess Khachak' la kan..walaupon group tu ade 3 org, meriahnya bagai 3juta org!okbai..itu fa tipu.. hehehe ^_^  


    #Amin


    #our relationship is OHSEM!!!!!

    #cinta boleh dicari dan dipupuk tapi persahabatan yg utuh sukar untuk dicari dan dipupuk. Ia nilai yg mahal tanpa ada galang gantinya .. ^_^v 

    #5thApril2015


    Saturday 28 February 2015

    Fraser's Hill Trip Part 2

    Assalamualaikum...

    Ok..now fa nak continue from part Fraser's Hill Trip Part 1 ...


    Lepas dah puas melepak-lepak dan orang2 yang ada semakin lama semakin ramai.. Kami bincang2 terus nak pergi main taman dekat atas sana. Tempat makan-makan dan Taman Kanak2 yang luas serta kedai-kedai makan.Almaklumlah , musim cuti kan. Ramai betol orang..so macam2 gelagat ada.. Tapi respect kat adik tu. pakai helmet naik basikal roda tiga pusing satu round. Perghh..lincah betul anak kecik tu patot la expert semacam jer...anak onwer yang sewa kan basikal roda tiga tu.. hehehe :) 

    So, kat Taman Kanak2 tu.. Selain boleh berbasikal roda tiga , ada Mini Golf. ade la 6 hole untuk bola tu masok. Seorang RM8 , hanya 15 minit sahaja. So , sape yang suka nak workout . Kat situ ada tempat nak workout tapi bukan la macam dekat Gym tu. Ada macam2 kan.. setakat nak gayut2 tu ada la.. :) boleh la nak jadi monyet sekejap..hehehe :)


    Then..drive yang tak sampai seminit benti for next station.. "The Allan Water" , tak jadi singgah kat Taman Bunga , so kami lepak2 santai je kat The Allan Water..

    So.. after lepas lepaking tuh..kami teruskan to next station..Nak ke Taman Bunga tapi tak pergi sana tapi terus pergi "The Allan Water"  hehehe :D Dekat sana ada boat yang ada couple set and then kena kayuh guna kaki.. Dari situ kalau nak tahu BF ke suami ke rajin and sayang lebih..tengok die tolong kayuh untuk kita ke tak..?? hahaha :D ** Ok.! ni tips tak bertauliah dari fa..ngeh3... :P Ok.. Bukan tu aje.. kat situ ade Bola Besar yang boleh korang rasa timbul je atas air..hehehe :)




    #"The Allan Water"


    Senang citer , kat situ ada aktiviti air la..ada yang memancing tapi fa kurang pasti sebenarnya boleh atau tak sebab tak ramai yang memancing. terserempak sorang due je yang bawak pancing and ikan yang dah diletakkan dalam aquarium sedang yag biase2 je tu..bukan yang kaca tuh ye.. jenuh kang nak angkat.. Dah la ikan tu besau..hihihiiii



    Habis la aktiviti kat "The Allan Water" lepas dah puas mata memandang , hasratnya nak balik coz hari pon dah petang. Tapi...eh..eh.. STOP! the last station. Fa and family benti at "The Paddock" ... Ok.. agak-agak korangkan apa la aktiviti kiteorang kan.For your information.. Kat situ ada 2 jenis aktiviti yang boleh korang buat. Kalau sesiapa ada nak jadi Zorro or Robin Hood boleh la..Heheheee :)  Ada aktiviti memanah dan menunggang kuda.. So mula2 kiteorang redah ke tempat nak memanah.. Tapi masa tu ramai.. takde la nak memanah bagai.. tengok je... then terus gerak ke tempat menunggang kuda.. Pada mulanya tengok je.. tapi mana boleh tengok kan..nak merasa jugak..

    So.. the ticket price : RM10 untuk satu pusingan untuk sorang dewasa dan kalau ade anak boleh la join sekali.Lagi better , boleh naik 2 orang sekali..kan..kan.. :)

    Aih.. First time dalam hidup naik kuda.. Memang teruje.. terasa tinggi dan jadi ala2 minah koboi gituh.. yeeehhaaaa!!! Walaupon 1 round je,, kire puas hati la.. Nak main polo harga nya yang maha mahal.. dapat naik seround tuh pon dah kire untung..hehehee :D


    So , itu lah habisnya sehari suntuk di Fraser's Hill , Pahang Darul Makmur.. So, next time nak kena merancang ke tempat lain pula.. tapi.. kemana ya??? just waitttt k ... :)


    #bye2 Fraser's Hill


    #Birthday papa semakin dekat..remaining to myself.. :) continue working now... Bye2.. see for the next story..meh nak muah ciked.. <3 <3 <3



    Tuesday 24 February 2015

    Fraser's Hill Trip Part 1

    Ok.. this was the 2nd trip to Bukit Fraser.. Kenapa pilih Bukit Fraser? sebab alasan yang kukuh nya tempat tu paling dekat dengan rumah. Nak pergi jauh-jauh pun jalan sangat la buzy sebab raye cina on that time.Hee

    Sebenarnya.. tak merancang pun nak pergi jalan.. Alih-alih waktu2 panas ni terfikir pulak nak mengambil angin sejuk.terus la merancang. Call adik-adik cakap jumpa dekat kedai je.. set up last minit.So.. ape-ape barang yang tertinggal tu kire nasib la.. hehehe :)

    So, lepas semua dah sampai , lepak sekejap teguk meneguk air kat kedai tu.Kiteorang terus gerak. Sebelum tu , fa, ayah and adik serta anak buah yang gerak dulu naik atas coz tunggu derang pegi isi minyak.So , sementare nak menunggu tu. sempat la bersnap..snap.. dengan huha-huha nya. Yeay! sesi bergambor time.. hihihiiii

    Ingatkan sekejap je menyinggah tuh..tapi kalau dah ramai kan.. orang ni datang lepas tu orang ni.terus snap 1 picture yang sangat la cantik.. cantik ke? teettt...hahaha :D


    #with my smallest and kiut miut geng..


    Ok. Now.! Ready to driving... hurm.. ni nak pesan.. jalan kat sane tuh memang la sedap lap abang-abang rider tapi ingat la..seterer mane pon hati-hati la..safety first la dulu. Ni bawak motor macam dah tak nak nyawa je,kang terseret dekat bawah kete macam mana...hurmm.. so , be safety ya! Ingatlah orang yang tersayang. OK? iklan keselamatan la sekejapkan...hehehehe


    Then , selepas fa rasa agak lame..Akhirnya.Yeay! we made it , sampai jugak dekat atas sana.. Mmmm.. sedapnya hirup udara segar , sejuk dan nyaman je rasa. Nah! bagi bunga from Fraser Hill's .. cantikkan... pink gituh..hehehehe :)



    #bunga pink segar dari Fraser Hill's


    So , nak hilangkan lenguh-lenguh..relax dulu..hanyun-hanyun badan bagi regang sikit otot-otot ni .Amik-amik hangin sekejap then turun bawah melepak-lepak isi masa. So , mesti ada snap-snapkan.. meh nak lanje cikit gambor..



    #lepaking utama area




    Ok! stop sampai sini . t fa sambung lagi trip to Fraser Hills's part 2. Dah mengantok .so nak rest mata dan badan.. Esok jangan malas pergi kerja ye! #Ready to sleep! Zzzzzz....




    Saturday 14 February 2015

    Salam Takziah untuk TGNA

    Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Tok Guru Nik Aziz..

    Kredit foto : facebook bharian

    AL-FATIHAH

    12 FEB 2015

    Monday 9 February 2015

    Quote 1 : F.R.I.E.N.D


    Assalamualaikum.. tetibe terasa tangan mengatal nak menaip.. Actually , kawan fa yang bagi pada fa semalam.. katenya dah lame die simpan quote ni and semalam baru dye forward pada fa.. Smpaikan tak reply whatsapp , die call tanya , bace tak mesej tu.. nampak macam penting je kan.

    So secara ringkasannya bagi pandangan fa , 

    Jangan mengukur persahabatan atau perhubungan semasa mula berjumpa atau mengenali seseorang sebab tak nak nanti persepsi pertama kali kita melihat itu salah. Manusia tak sempurna tapi jadikan diri itu lebih baik dari yang sebelumnya. Jangan mengharap yang tak sepatutnya dan haruslah terus beringat bahawa tiada orang lain yang akan bersama kita dan sentiasa tabah mengharungi segalanya sendiri.

    #lunch hours punya persepsi :)

    Farah Athirah Goh
    fasyrah89.blogspot.com

    Monday 19 January 2015

    Congrats BFF.Nur Izzah

    Assalamualaikum.... Alhamdulillah..memberi lagi ruang pada diri ini untuk menaip ruangan yg sepi seram sejuk beku ni.. Dah lama tak berceloteh akibat xcident2 yg dasyat2 berlaku.. Hahahaa :D jangan korang pon mcm tuh dah la ye..


    First of all,  Congrats BFF... 


    Alhamdulillah... My BFF yg kecik molek ni dah menjadi tunangan orang..Yeay!!! Happy for u dear... Macam tak caye je,  macam suruh tampar pipi je...bab yg tampar pipi tu nak buat tapi xmungkin la..org tengah ramai..kang terkejut tetamu tu kang..Hahahaa :D itu lah tunangan org tu..dye suruh kite tampar pipi sebab dye rasa macam tak caye je yang dye tengah ada kat majlis sendiri..ishh8.... Sampai mcm tu dye rasa... Mesti nerves tak hengat la tu.. Hahahaaa :D


    Straight to the point.......


    For her,


    For the first.. U memang dah melangkah ke tapak baru.. Ini realiti tau..u jangan buat gile nak gatal2..pukul u dengan hanger kang..hehehehe :) Izah...baru je i rase kite dengn kyan n also housemate yg mereng2 tengah jalan kaki pergi kampus,  balik kampus dengan rumah kite yg sangat jauh and always berdoa cepat2 lah boleh sampai rumah sambil bawak air dlm plastik yg besau n berat..tapi kadang2 air tu belom sampai rumah dah habis... :) maknanya rumah kite memg jauh kan..itu belom lagi part pagi yang sorang jerit2 bile u buat keje gile panggil anjing omey tuh kacau....kan... So nostalgia.. So... Sebelom u jadi wife orang ni,  tengah berdarah merah manis bak air mirinda strawberi yg berbuih2 letak aiskrem vanilla ni.. I ada sikit kata2 untuk u... (pergghh..sedapp nya..terliur tau.....)

    **for acting tang air mirinda strawberi , bayangkan la ye...hahahaaaaahaa :D





    OK! Ehem2... Test..testt....







    For her (bride to be ) ,


    Izah.....Mungkin sepanjang kite berkawan nii...,  fa mungkin ada buat izah terkecil hati,  terase hati...mungkin ada jugak kelancangan mulut ni bercakap mengaibkan izah.. Maafkan fa.... :'( mungkin fa bukan seorang kawan yang baik.. Kalau izah tak suka dengan fa. ?jus honest and InsyaAllah fa terima kritikan tu...Biase lah kot kalo sehari dua merajuk tapi xkan selamenya..kan?? Fa harap kite akan terus berkawan sampai hujung nyawa.. Izah and kak yan jelah kawan yang fa rase paling dekat.. Yang fa rase senang n selese.. Both of u boleh trime siapa fa seadanya.. Sanggup berkawan dengan fa sampai hari ini.. Boleh paham fa walaupon fa selalu cancel time datim kite... Siapa kate fa tak rindu?? Bohong la kan.. Kalau boleh nak je selalu spent time tapi fa jauh,  tak boleh nak selalu ada.. Kadang2 tu sibuk dengan kerja..


    Tapi,  Alhamdulillah..kite still lagi bersama walaupon ada masa tu kite sibuk dengan hal masing2.. Lama tak jumpa,  paling kerap pon setahun sekali and for the this time,  i rase wah! Mcm tak pecaye je u ajak i pergi ur E-Day. Jadi tetamu yang terpenting untuk hari memorable u tu and semuanya berjalan dengan lancar. Hope weeding day u nanti,  semuanya macam tu la jugak.. Amin!! Nanti,  I nak jadi org yg owez dekat dengan u sebab nanti ntah bile plak i boleh nak jumpe u..nanti masing2 lagi bz..kan? Love this friendship the one i have.. Princess khachak owez first list in my contact list..Mungkin kite xkan boleh ulang benda yang dah lepas tapi yang lepas la buat kite bertemu dan terus utuhkan lagi friendship dari first day kite jumpe until now.. 6 sem bersamaan dengan 3 tahun kite sesame and until now.. Lots of memories sangat! U ingat tak?? Bile bagun tido nampak muke u yg masam n muke macam kodomo lion tu..seram i..pas uh dengan perangai u yang owez buat org rase u ni kejam nya... HAHAHHAAAA :D buat koding sesame,  meniru sesame...kan..?


    Lastly,  i wish u sentiase happy and ape yang u rancang berjalan dengan lancar dan owez sihat2 selalu okeh??


    .Love u princesskhachak.  .love our Friendship.  .18jan2015. 


    #mohon nanti kyan xsalah rumah la ye.  kbai :P