Showing posts with label SOCSO. Show all posts
Showing posts with label SOCSO. Show all posts

Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO part 2...

Assalamualaikum , Alhamdulillah ..Agak banyak feedback from last entry , patut la banyak soalan yang diajukan . sy terlupa nak update apa yang terjadi .. 

Ok.. Selepas tu , my mum pergi ke SOCSO , mase tu pergi di rawang je sebab dekat Batang Kali ke , Kuala Kubu Bharu ke , Bukit Beruntung ke ...semua tu tak ada pejabatnya. Sy search ada pejabat SOCSO yang terletak di rawang. Lokasi di rawang ianya terletak berhadapan dengan Pasaraya TESCO yang berhampiran dengan Highway Lekas , sebaris dengan Pasaraya SAKAN. Harap2 jumpa la ye :)

So , pergi la mak sy amik borang semua , dalam pada yang sama company saya telah uruskan semua nya semasa saya cuti seminggu tu. So sy tak guna la borang yang diambil tu. Setelah balik dari cuti seminggu tu , admin beri saya borang yang telah diisi butir-butiran lengkap. Siap dengan fotostat yang diperlukan  dan masa tu saya hanya perlu melakarkan peta macam mana kemalangan itu berlaku. After a few minit , sy lukis dengan senangnya dan pass balik to admin untuk dia serahkan kepada HQ untuk HQ submit. TQ ya!!!! 

**Sy suruh ambil borang tu bukan sebab apa , dalam group whatsapp tempat kerja , boss kata boleh claim SOCSO sebab saya masih dalam waktu kerja. Wow! prihatin big boss kita waktu tu..heheheheheee :)

Oh ye , ramai bertanya kan saya berapa percent (%) saya dapat untuk jemaah dokter. Maaf ...  sy xtahu berapa percent (%) jemaah dokter yang sy dapat sebab rasanya , sy tak pergi pon untuk Xray atau medical yang seterusnya. Hanya menggunakan MC je dan kemungkinan besar gambar yang telah diambil semasa kemalangan berlaku oleh rakan2 dilampirkan sekali. Allahualam. 

So , habis di situu sahaja prosedure sy dan terkejut after sebulan lebih mcm tu , sy terima cek yang dicetak terus atas nama saya. Masa tu saya menggunakan bank MAYBANK.. dapat cek maybank dan terus masukkan dalam mesin cek..hehehehee :)

But , until now sy xclaim apa2 pon walaupon telah dua tahun mungkin berlalunya peristiwa tu dan meninggalkan kecacatan dimuka ni. ade kesan jahit la , tampal la , kesan skin lost la.. setiap kali tengok cermin mesti teringat..Alahai! pengalaman memberi rasa masin manis pahit dalam kehidupan..macam tu la..cewahhhh..hahahahahahahaa :D

Apa2 pon bersyukur kepada Allah kerana masih diberi nyawa untuk saat ini. So anything , boleh drop komen , insha Allah kita sama2 share ilmu. Ada yang tolong reply komen readers tu , i appreciated that! terima kasih.. Kumao wo.. xiexie.. nandri.. XOXO :) tata

post yang sebelum..klik tajuk tu ye.. " Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO "





Kemalangan Ringan ; CLAIM SOCSO

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. masih lagi bernafas dan diberi nafas untuk terus menjalani hari-hari yang mendatang.

Tarikh : 1/6/2015 , Ntah di mana silapnya , boleh terbabit dalam kemalangan. Nasib selamat dan masih boleh kuatkan diri untuk tidak lemah.. So , kemalangan ni telah menyebabkan motor kesayangan kite tak boleh pakai lagi..motor zaman poli tu.. dah 7 tahun bersama kite.nak buat macam mana kan..rezeki tak ado , kena redha jelah.. hurrrmmm... :( Walaupon hari ni cukup 2 minggu kemalangan itu berlaku , kesan-kesan masih ada.. teruk jugak kan kalau berjahit 4 jahitan kat kelopak mata..skin loss kat dagu dan kat bawah hidung ditampal.. sempat jugak kakitangan-kakitangan tu bercanda-canda mase proses dressing.. nak mintak upah bagai sebab dah tolong kite baikpulih keadaan.. isk3.. kite yang tengah2 sakit tu pon menyempat je mereka2 ni..haisshhh :)

So , after this , no more motorcycle , pergi kerja adik kite hantar and amik..terase macam BOS kecik besar ..hihihihiii :)tapi hasil dari kemalangan tu.. Muke Berparut..sadiss... :'( Sekarang dalam proses untuk CLAIM SOCSO sebab kemalangan tu masa kite on the way nak pergi kerjaaaaa... haisshhh -.-"

So , siapa yang terlibat dalam kemalangan , first step is ...

1. Pergi hospital ( bagi yang cedera like me ) untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan status kemalangan , dokter isytiharkan peperangan keberehatan di WAD selama 7 jam..selame tu , harus lah berpuase ye.. no food no water.. Time ni kite dapat MC selame 7 hari dan tak diwardkan sebab kite tak mahu stay kat spital .. taknak susahkan hati mimi n papa yang nak jenguk kite nanti..so better balik rumah..ramai yang boleh menjaga n tengok2kan kite.. :)

2. Pergi Balai Polis Jenayah Trafik ye , untuk membuat report kemalangan.. mase tu cerita lah macam mana boleh berlaku. dari mana and segala-galanya dengan terperinci untuk abam2 atau kakak2 polis tu taip masok dalam report. Then , lepas siap tu.. balik laa.. hehehe :) **jangan lupe beli salinan original report ye , hanya RM2 sahaja.. selepas sehari atau 2 hari..

3. So , bagi yang mahu claim SOCSO , sediakan la dokumen-dokumen berikut :-


  • Borang - Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara ( Company mesti ada , kalau tak ada boleh pergi dapatkan borang di pejabat PERKESO yang berdekatan. klik --> LAMAN WEB PERKESO
  • Sijil Cuti Sakit Asal / Salinan Sijil Cuti Sakit
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu(Punch Kad)-disahkan oleh majikan.
  • Laporan Polis Asal/Salinan Laporan Polis
  • Peta Lakar ( tempat mula perjalanan --> laluan yang diikuti --> tempat kemalangan -->tempat yang dituju )

So , untuk mendapatkan MEDICAL REPORT , kena pergi socso selesaikan perkara diatas untuk next step... SEKIAN.. Nanti update lagii... :)


#Anak buah asyik tanya2 je ape yang mak long die buat..nak tulis pon tak senang..hahaha :D OUT dulu la kan... :) #KEPOCHIje :P                    

sambungan yang seterusnya..Maaf baru update ..heheheee " Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO Part 2 "