Tarikh : 1/6/2015 , Ntah di mana silapnya , boleh terbabit dalam kemalangan. Nasib selamat dan masih boleh kuatkan diri untuk tidak lemah.. So , kemalangan ni telah menyebabkan motor kesayangan kite tak boleh pakai lagi..motor zaman poli tu.. dah 7 tahun bersama kite.nak buat macam mana kan..rezeki tak ado , kena redha jelah.. hurrrmmm... :( Walaupon hari ni cukup 2 minggu kemalangan itu berlaku , kesan-kesan masih ada.. teruk jugak kan kalau berjahit 4 jahitan kat kelopak mata..skin loss kat dagu dan kat bawah hidung ditampal.. sempat jugak kakitangan-kakitangan tu bercanda-canda mase proses dressing.. nak mintak upah bagai sebab dah tolong kite baikpulih keadaan.. isk3.. kite yang tengah2 sakit tu pon menyempat je mereka2 ni..haisshhh :)
So , after this , no more motorcycle , pergi kerja adik kite hantar and amik..terase macam BOS
So , siapa yang terlibat dalam kemalangan , first step is ...
1. Pergi hospital ( bagi yang cedera
2. Pergi Balai Polis
3. So , bagi yang mahu claim SOCSO , sediakan la dokumen-dokumen berikut :-
- Borang - Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara ( Company mesti ada , kalau tak ada boleh pergi dapatkan borang di pejabat PERKESO yang berdekatan. klik --> LAMAN WEB PERKESO
- Sijil Cuti Sakit Asal / Salinan Sijil Cuti Sakit
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu(Punch Kad)-disahkan oleh majikan.
- Laporan Polis Asal/Salinan Laporan Polis
- Peta Lakar ( tempat mula perjalanan --> laluan yang diikuti --> tempat kemalangan -->tempat yang dituju )
So , untuk mendapatkan MEDICAL REPORT , kena pergi socso selesaikan perkara diatas untuk next step... SEKIAN.. Nanti update lagii... :)
#Anak buah asyik tanya2 je ape yang mak long die buat..nak tulis pon tak senang..hahaha :D OUT dulu la kan... :) #KEPOCHIje :P
sambungan yang seterusnya..Maaf baru update ..heheheee " Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO Part 2 "
sambungan yang seterusnya..Maaf baru update ..heheheee " Kemalangan Ringan ; Claim SOCSO Part 2 "
