Friday 23 September 2016

Penginapan nyaman dan menenangkan! Jom CUTI !!!!!!

Assalamualaikum..

Kadang-kadang kita terasa nak menenangkan fikiran ini dari hiruk pikuk . So mesti nak sesuatu tempat yang menenangkan serta menghirup udara yang nyaman. Kan? kan?

Kita nak kongsi satu tempat yang mngkin menepati citarasa untuk mereka yang memerlukan suasana yang terbaik.. hehehee

Ada orang kata kalau nak tenangkan fikiran yang dekat dengan KL , Ini lah tempat yang akan saya sarankan sebab suasana yang cukup memikat dan sangat2 mendamaikan.. Dah setahun stay dekat hutan yang mungkin orang takkan terfikir this is the one places for relax and rest.


So , just nak bagitahu ada beberapa bilik yang akan membuatkan anda berpuas hati untuk hirup udara yang nyaman serta boleh menenangkan minda dan ianya tak jauh dari Kuala Lumpur.


InshaAllah anda akan berpuas hati untuk mendapatkan tempat yang bersih , kemas serta selesa untuk keluarga serta ianya selamat untuk anda bercuti! yeay'!


Berminat ?? boleh direct call/sms/whatsapp ke 0175878827 - Farah

Kami tunggu anda dan harap anda akan rasa BEST dan ENJOY!





Raya Haji di KEDAH DARUL AMAN! Part 2

Nak sambung penceritaan yang lepas... RAYA HAJI di KEDAH DARUL AMAN Part 1

So , next day , fikir nak packing barang and go... So , hari tu al maklumlaa.. sesak habis di serata jalan sebab masing-masing nak balik kampung kan.  So , dengan perasaan xsabar terus ke TBS dan menuju ke kaunter untuk tebus tiket bas.. So , xsangka dengan yang berlaku. Bas CANCEL trip! Oh tidakkkkk.... mcm mana ni... Kepala dengan baiknya berfungsi dan cuba dapatkan new tiket sebab bile search online semua FULL! hurrrmmm.. So , perasaan tu bercampur baur .. SO SAD :( tapi dengan harapan yang ada.. pergi kaunter tanya bas ada lagi ke tak..huhuuuuu..

Alhamdulillah.... still ada cuma kena tunggu malam sikit la.Takpe la.. as long ada bas kan.Kalau xde.. naye cheq oii...huhuhuuu...

So.. tunggu punye tunggu akhirnya time to depart to KEDAH! Means esok pagi dah smpai Negeri sawah padi..lalalalalaaa :D :D


So , nak bagitahu la.. Sesiapa yang tak lama naik bas tu , sekarang bas ni dah canggih cheq oi. Terminal pon menepati apa yabng kita perlukan. Nak tahu? Boleh tempah tiket anda untuk bercuti. Bagi kereta rehat kat umah pulak ye :) :)


Ok la.. chaw! nak layan masterchef australia.. Syok oii! aku suke tengok.. masak tu maybe akan menghanguskan semua lauk2 tu..hahahahaha :D k bye!




Tuesday 20 September 2016

Raya Haji di KEDAH DARUL AMAN! Part 1

Assamualaikum..

Hari ni nak share pengalaman minggu lepas yang telah membawa diri ke Negeri KEDAH DARUL AMAN! Wooohooooo... tak sabar rasenya tau! Al maklum la.. asyik sibuk bekerja dan xsempat nak berjimba-jimba. heheeheee


So, kite pergi waktu orang tengah sibuk raya haji dan mungkin ada yang terus bercuti terus menyambung cuti sempena cuti Hari Malaysia kan.. seminggu direct la bercuti.. Tiket mana-mana pon totally FULL! huuwaaaaa ....


Sebelum membawa diri ke negeri yang penuh padi tu. Carik-carik tiket semua takdak.. FULL wehh.. Habis la..jawabnya bercuti seminggu jelah kat rumah. Tapi.. carik punye carik..jumpe satu bas yang ada di laman web www.busonlineticket.com . So.. lega..fuhhh..... tark nafas panjang so esok balik rumah kemas-kemas baju dan bertolak.. yeaay!


OK! nanti pulak sambung ye.. Cheq nak layan MELETOP sat nah :)




Wednesday 7 September 2016

Besday of September..

Assalamualaikum..

Last week , wow! ramainya yang sambut besday this month of september. Alhamdulillah masih diberi kepanjangan umur serta dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Amin! Moga jugak Allah kekalkan kebahagian utuh buat kami sekeluarga. :)

Alhamdulillah sambut dengan penuh kecil-kecilan sangat sebab hari pun dah malam. Orangnya pon dah tido..hahahaaa Tapi demi nak sambut jugak buat adik , anak buah serta mak yang menyambut hari lahir yang sama. Meriah jugak laaa kannn :)

Ok la , Juz nak say Hepi besday Semua! Maaf atas sambutan yang kelam kabut serta lambat tuh. Heheheee


Off! lain kali pulak kite taip nah . Tenkiu readers :)


Tuesday 6 September 2016

Ouh Fomema...

Assalamualaikum.. letih pon tak hilang lagi bila ingatkn FOMEMA ni. pening cheq. Almaklum la.. first time buat kan.. Nak fahamkan die cakap xpaham kite dibuatnya. letih mak cik tau.. :( :(


Fomema . Mencegah dan prihatin .

Hari ni kita nak share sikit la yang telah kite lalui mase menolong pekerje kite renew passport die. Die cakap nak medical la , tak nak surat ni la nak buat itu la. Adoi.. pening mak. Akhirnya , Kite decide amik keputusan untuk call FOMEMA nak tanya apa langkah-langkah yang perlu saya buat.

Ok. First step .Anda perlu buat bayaran atas nama FOMEMA Sdn Bhd. Bayaran berikut boleh dibuat secara berikut.

i.  Kiriman Wang
ii. Bank Draf
iii. Cek

Bayaran yang perlu di amountkan adalah seperti berikut :-

Lelaki - RM190.80 
Perempuan - RM201.40 .

**Ini disebabkan ade GST(6%) ye , so kena bayar lebih sikit :)


So , sebelum pergi ke pejabat cawangan FOMEMA di setiap negeri. Pastikan semua dokumen yang diperlukan ada ye.. kalau tak nanti tak selesai lah kerja anda itu.. Kalau dekat nak ulang balik takpe. Tapi yang jenis jauh lepas tu tertinggal dokumen.kirim salam berjemaah la ye. Memang tak sanggup la nak berpatah balik semate-mate tertinggal dokumen tu. heheheheee :)


Dokumen yang diperlukan :-

i. Borang Fomema(boleh amik semasa kite kat pejabat fomema , siap tulis details skali ye)
ii. Salinan Passport (depan dan belakang)
iii. Salinan Permit
iv. Slip pembayaran yang telah kita buat (Kiriman wang/bank draf/cek)


Ok.. sebelom amik no pastikan borang fomema tu di isi ye. Lagi2 detail untuk buat medical checkup tu. Yang ni boleh pilih.. ade papan yang penuh dengan nama klinik , nama dokter , daerah mana and kod dokter. Dah siap boleh beratut untuk amik nombor giliran...menunggu jelah.. lame oit! :(


Ok. Nanti kite citer lain pulak nah. keje..keje..jgn nak taip blog je :) daaa...