Showing posts with label barang kemas. Show all posts
Showing posts with label barang kemas. Show all posts

#Gold 4

Assalamualaikum..

Moga kita tak terganggu dengan masalah negara yang dikhabarkan dengan pelbagai berita yang tersebar. Lagi2 dengan nilai wang kita semakin jatuh menjunam..

Pagi2 lagi saya dah dapat call dari salah sorang customer untuk menanyakan perkara mengenainya. Memang wang ringgit mula dikatakan semakin teruk sampaikan ada berita yang menyebarkan pelajar2 yang berada di luar negara mengalami masalah untuk pertukaran mata wang.

So , di sini saya ingin mengajak semua untuk membuka mata dan celik dengan "PENYIMPANAN EMAS SEBAGAI ASET MASA HADAPAN". Bukan untuk mengambil kesempatan tapi melabur lah untuk ia kekal sebagai aset. Jika hendak dilaburkan untuk hartanah.. nilainya besar dan kita tidak mampu untuk membelinya sekali gus..Apa kata kite mengorak langkah pertama untuk melaburkan sedikit wang untuk penyimpanan yang lebih baik..

Bagaimana nak mulakan?

Mulakan lah dengan disiplinkan diri menyimpan 1gram untuk 1 bulan , jika mampu.. untuk beli lebih pun tak apa. Bagi yang tidak mampu untuk maintain 1gram sebulan pun tidak mengapa memandangkan itu hanya la slogan untuk menggalakkan sesiapa yang baru menceburi diri dalam bidang ini.

Bayangkan pada hari ini , kalau anda mula menyimpan dengan hanya 1gram sebulan . Setahun nanti diam tak diam , kita sudah berjaya memiliki 12gram.


Sekian. Itu sahaja perkongsian dari saya. :) nanti saya sambung lagi :)

Kenali Emas

Assalamualaikum.. hai semua..


Kite nak share sikit tentang EMAS.. wow! Menarikk..kan.. :)

Bile dengar pasal Emas orang mesti dok cakap yang dyeorang ni takde duit nak beli. Tapi pernah tak anda terfikir nak menceburkan diri dengan perkara ni. In sha Allah.. Emas ni akan membantu anda membuat simpanan dengan baik.  Bak kata pepatah " simpan sikit-sikit , lama-lama jadi bukit " .

So mula-mula , kite kenali emas dulu..

Mari belajar Unit Timbangan Lama Emas

    1. 1 KATI = 600gram
    2. 1 TAHIL = 37.8gram
    3. 1 PIKUL = 60.48kg
    4. 1 MAYAM = 3.37gram
    5. 1 RIAL = 2.7gram
    6. 1 KUPANG = 0.64gram
    7. 1 AMAS = 2.551gram
    8. 1 SUKU = 0.8425gram
    9. 1 BUSAK = 0.337gram

Ketulenan EMAS yang diukur pada zaman dahulu :-

  1. 999 ( 24K ) - Emas sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas 
  2. 950 ( 23K ) - Emas Kelantan / Emas 9 1/2 
  3. 916 ( 22K ) - Emas Singapura
  4. 900 ( 21.6K ) - Emas Sembilan
  5. 875 ( 21K ) - Tiada nama lain dapat dicari
  6. 835 ( 20K ) - Tiada nama lain dapat dicari
  7. 800 ( 19K ) - Emas Paun
  8. 750 ( 18K ) - Tiada nama lain dapat dicari
  9. 585 ( 14K ) - Tiada nama lain dapat dicari
  10. 373 ( 9K ) - Suasa

So , kalau nak tahu lebih lanjut . Anda boleh rujuk pada laman web ini  .http://www.powergold2u.com/fandigoh .

Saya akan update lagi kemudian.. thanks sudi baca :)

Sekian.