Tuesday 11 August 2015

Resepi Kuah Kacang Mimi

Dah buat ke resepi yang lepas.. sedap ke? hehe :) jom cube resepi kuah kacang mimi pulak :P


BAHAN-BAHAN 
1 cawan minyak masak
7 biji bawang kecil
7 tangkai cili kering
2 batang serai (di titik sedikit sehingga pecah)
1 liter air
1 kerek(kepingan nipis)gula melaka
500gram kacang tanah (digoreng ranggup dan ditumbuk halus)
garam secukup rasa


BAHAGIAN A :
Panaskan minyak.
Goreng bawang kecil yang telah di bersihkan(x perlu di hancurkan)sehingga naik baunya dan angkat.
kecilkan api dan goreng cili kering sebentar supaya ranggup(jangan hangit)dan angkat.
padamkan api seketika.

BAHAGIAN B :
tumbuk bawang yang di goreng tadi sehingga lumat.
masukkan cili kering yang rangup tadi dan tumbuk sehingga sehingga hancur dan sebati 
bersama bawang

BAHAGIAN C :

  1. Panaskan minyak sehingga panas.
  2. Masukkan serai ke dalam minyak dan  tumis sebentar sahaja
  3. Masukkan BAHAGIAN B tadi.
  4. Masukkan air.Kacau sehingga kacang dan bahan-bahan benar-benar sebati.
  5. Masukkan gula melaka dan garam.
  6. Kecilkan api dan kacau kerana kacang akan mendap di dasar kuali dan jika api besar ia akan menyebabkan hangit.
  7. Akhir sekali , kacau sesekali sehingga pekat.

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment