My new routine :)

Assalamualaikum buat semua reader saya. lama betul tak menulis. bila rasa free baru menulis dan balas komen pada mereka yang sudi bertandang. Maaf laa lambat sebab kekadang banyak hal nya 😅

So.. last post tentang rawatan RAI.. Alhamdulillah.. progress very slow seperti yang dokter maklumkan tapi takpe.. faa baik-baik ajer... still makan ubat lagi. diam tak diam dah nak masuk setahun faa follow-up dengan dokter.. harap semuanya akan baik-baik jer.. hihihiii 

Okeyy.. done topik tu. So.. faa nak share my journey untuk gaya hidup lebih sihat . Almaklumlah... umur dah nak masuk 40-an ni.. huhuuuu

Sebenarnya faa dah start seminggu..  walaupun masih ada rasa malas nak start..perangai sangat kan.. hahahaaaa 

Faa share sikit laa menu & exercise (padahal briskwalk jee ðŸĪŠ) but takpe la kan.. bergerak jugak lemak ni .bio tebako.. hahahaaaa


Mulakan terus dengan...

DAY 5

Sarapan : Susu low fat 

Makan tengahari : Nasi setengah + sayur (tomato + bendi ) + Asam pedas ayam

Makan malam : keropok keping + sos


Rekod Briskwalk...


DAY 6

Sarapan : Susu low fat 

Makan tengahari : Nasi suku + ulam ( tiak jagung) + Sambal sotong 

Makan malam : Sambal sotong + asam pedas(makan lauk jer 😎) pastu husband ajak g ngeteh pulak.. lokching 4 cucuk (kongsi gn husband) + teh o ais kosong


Rekod brisk walk....


DAY  7

Sarapan : Susu low fat 

Makan tengahari : Nasi setengah + ulam cicah budu + ikan rebus goreng + singgang ikan + telur rebus tak gedik sgt 😆

*ni je gambar yang ada. nanti faa rajinkna diri amik gambar lagi ye...hehehee

Malam : Keropok keping + air coklat kurang manis + biskut oat krunch

Rekod Briskwalk... 

So.. stay stick dengan makan nasi suku + sayur-sayuran in a week. Alhamdulillah.. in sha Allah tak ada pape.. nanti faa share next week punya journey pulak k :) 

BYE 😊



Rawatan Radioiodine (RAI) - TIROID

Assalamualaikum buat pembaca. Alhamdulillah settle amik iodin harini setelah menunggu giliran setelah beberapa bulan tapi tetiba last minit melanggar pantang.  tetiba la 2 hari lagi tekak teringin nak makan udang celup tepung plus makan plak ikan rebus goreng. Dah masuk perut baru teringat. padahal dah hari ke3 berpantang. So terus whatsapp dokter cemana nak buat. tak ada nak buat apa la. injak tarikh lain. menangis ye takot kena injak jauh lagi . Alhamdulillah masih ada rezeki lagi :) Faa buat di HUSM Kubang Kerian , Kelantan.


PERKARA yang DILARANG KERAS SEBELUM RAI.

  1. TAK BOLEH SEAFOOD (termasuk keropok , budu dan yang berkaitan haiwan laut ) -  5 hari sebelum
  2. STOP CARBIMAZOLE - 3 hari sebelum
PERKARA yang perlu DILAKUKAN
  1. PUASA 4 atau 5 jam sebelum rawatan
  2. Kalau datang berteman ( seorang sahaja boleh ikot) - duduk belakang dan duduk bersilang dengan driver.
  3. Boleh start minum air masak selepas rawatan
  4. Start makan dan minum(air manis) selepas sejam rawatan
  5. Kuarantin seorang diri di dalam bilik berasingan
  6. Pakaian letak dalam bakul dan boleh basuh selepas habis tempoh kuarantin
  7. Sisa makanan buang setelah tempoh kuarantin tamat
  8. Tandas seeloknya tak berkongsi ( kalau takde toilet lain flush 3 kali dan bahan kumuhan tu kena bejaga la jangan terpecik sana sini )
  9. Tandas jauh dr bilik tak ada masalah tapi kena berjaga la air mata , hingus , bersin tu cover
  10. Minum air masak banyak banyak okeyhhh... 90% bahan keluar dari air kencing dan 10% lagi dari peluh , air liur dan lain-lain :)
  11. Boleh makan asam kalau rasa sakit tekak :)

So far dah 2 hari ni tiada simptom apa-apa dan hope Allah mudahkan urusan faa selama 8 hari dan lepas tu bebas :) 


Ini citer faa , apa-apa korang bole tanya sebelum start rawatan sebab ada sesi diberi info dan boleh lontarkan pertanyaan pada dokter yang handle korang tu.

Kalau bab makan memang 2 hari ni makan ayam je. senang sebab memang hantu ayam and sayur sawi. hahahahahaaa 

Thanks baca :) 
Moga kita sembuh dari penyakit ni.. Aaminnn :)