Mohon Lesen Memandu OKU

Assalamualaikum semua readers² faa.. sihat ke tu? Today.. rasa nak share experience baru-baru ni settlekan hal adik.

Sebelum meneruskan ke tajuk.. Faa harap kite semua sedekahkan qunut nazilah dan berdoa buat saudara kita di Palestin. Aaminnn...


The story begin ... 


1. Ambil borang di tempat memandu yang korang nak belajar nanti. So isi lah maklumat tentang diri dan sebagainya. Isi lah dengan penuh berhemah.

2. Fotostat Kad Pengenalan , Kad OKU , Borang 3 salinan dan gambar passport. 

3.  Hospital Kerajaan yang ada pakar Carakerja untum mengesahkan tahap kesihatan untuk memastikan kemampuan untuk drive nanti.

4. Hantar borang ke HQ JPJ -

    Cth : HQ JPJ SELANGOR ( JPJ PADANG JAWA ) - Terus  hantar borang ke kaunter (lupa dah kaunter berapa 😅) ** time faa haritu tak perlu beratur. Terus direct ke kaunter..Nak tahu lebih lanjut. Tanya la dekat abam yg jaga kaunter no giliran. Okey?.... 

5. Dalam seminggu dua..datang semula untuk ambil borang yang telah di cop oleh pegawai. ** Tunggu call

6. Bawa borang ke pusat memandu untuk step seterusnya 😊

Untuk makluman ini adalah untuk kategori OKU :  MASALAH PEMBELAJARAN 😊

Hope sharing kali ni memudahkan dan dapat membantu urusan anda. 

Terima kasih sudi meluangkan masa di page ni. Da-da... Bye .. Assalamualaikum...

Kucing : Sakit Mata???

Sepanjang musim covid-19 ni banyak aktiviti kat rumah jer. Setakat ni , Far sibuk uruskan kucing . Sekarang ada 25ekor dan harapnya tak bertambah lagi.  

Sekarang ni dah boleh rentas negeri/negara kan ? korang kemana? Setakat ni far duduk rumah je lagi dan masih tidak berkesempatan lagi nak balik jumpa mak ayah sebab mak ayah nak dtg sini. Kebetulan si adik lelaki bongsu dapat sambung belajar. :) Doakan kejayaan adik Far ye. Adik Far ni die seorang pelajar OKU (masalah pembelajaran) - Disleksia ( In sha Allah ada masa yang panjang Far akan ceritakan macam mana boleh kesan die seorang disleksia okey 😀

Mula dengan tajuk kita  , Far nak kongsi sedikit sebanyak tips kucing bila mereka sakit mata . Korang boleh share jugak tau tips korang di laman ni juga okey . semoga ia banyak memberi manfaat kepada pemilik-pemilik kucing di luar sana . Far pon ada join juga group-group kucing dalam Facebook (FB) . Banyak juga tips kat sana dan juga belajar dari klinik dalam merawat mereka  . Memang kucing memang perlukan masa , tenaga dan usaha . Setakat ni kucing yang sakit mata memang sembuh dan boleh melihat dengan kedua belah mata . Bila dah lebih dari 10ekor Far merawat dan mereka ni sembuh kecuali yang hilang bola mata , buta dari azali . 

Pernah terjadi pada Far yang matanya berdarah dan timbul (xtahu nk gambarkan tp seram) dan tips ni faa cuba bila atas nasihat dokter dan esoknya nampak kering dan kembali elok. Tips ni pada kucing yang sebelumnya memang elok matanya dan mendapat sakit mata  . Boleh mencuba.. Far kongsi supaya korang tak putus asa dalam merawat. Yang penting korang yakin dan sabar .


Apa patut korang buat bila ada kucing sakit mata ? 

1. ASING - supaya tidak berjangkit ke kucing yang lain . 

2. SELESA & BERSIH - pastikan mereka selesaa dan duduk di dalam sangkar yang bersih. 

3. LAP - Lap mata kucing dengan air suam . Jangan TONYOH! LAP SHJ!!

4. Antibiotik - 1hari 2kali 9atas nasihat dokter.

5. Spray Mata(I-Lax)  - Spray jarak jauh 2x sehari


In Sha Allah selama seminggu akan sihat seperti sedia kala. Harapnya , kucing anda akan sembuh dan semakin sihat . Moga tips saya ini membantu anda . 


YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH , YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA 


KURAP? Nak tips? saya kongsi di page seterusnya ....