Saturday, 20 January 2018

Prosedur Nikah Kawen : Step 2 - Prosedur Mahkamah

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk kongsi cerita..Mungkin ada yang mencari.. mungkin ada cerita kehidupan kita sama. Kan? Love you ols readers..muaahhh 😘😘

Ok. Start with story la ye..prosedur mahkamah. Bile dengar mesti rase lagi rumitkan. In Sha Allah dear ,kalau betul prosedur nya pasti dipermudahkan segala urusan. AMIN! Alhamdulillah..rezeki cikfaa..hanya 2 hari je..satu hari tetapkan tarikh perbicaraan.. 1hari untuk proses perbicaraan dan keputusan mahkamah.

Step 1 :_
Pergi mahkamah syariah , pergi kaunter(nyatakan tujuan anda) , akan diberi proses yang berikut.
-Macam cikfaa , perlukan 3 salinan untuk semua details.Cthnya, segala borang prosedur nikah bakal suami&isteri,surat beranak dan etc.

Step 2 :_
After settle semua fotokopi, dtg semula ke kaunter untuk die sahkan apa2 lagi yang perlu dan tengok jadual hakim free bila..Rezeki lagi.. Hakim ada esok dan esok ada masa. Rezeki sangat dan settlekan bayaran ye..mcm cikfaa bayar rm25 je. Heheee :)
-Mcm cikfaa , bakal suami perlu ada tapi disebabkan dia jauh, so mahkamah pertimbangkan die tak perlu(untuk bakal suami tahu akan masalah yang berlaku) dan hanya perlu bawak Mak je disebabkan cikfaa dekat dgn Mak. Ok. DONE SETTLE! Alhamdulillah.

Step 3:_
Perbicaraan dilakukan secara tertutup kerana ini adalah urusan melibatkan isu yang sensitif. "Bilik mahkamah ditutup" . Hanya ada Hakim , Pembantu Hakim(2orang :aorang tukang taip dan sorang tukang ambil dan tunjuk dokumen kepada hakim). Alhamdulillah..semua diakhiri dengan baik. Sekali bicara terus ada keputusannya. AMIN!
P/S : pssstt..perbicaraan dimahkamah perlu mengikut giliran.tunggu la giliran anda ye.. kebetulan cikfaa giliran xlama.. yang ke 5.. 😊😊

Step 4:_
Ambil slip keputusan dan borang2 nikah kita(yg disahkan hakim) dan hantar terus ke pejabat agama. Di pejabat agama, mereka akan bagi no telefon ustaz yang akan mengendalikan prosedur nikah tu.

Ini prosedur "Wali Raja" yang mempunyai sedikit masalah dan tak boleh menggunakan Wali Hakim.

Sekian itu sahaja prosedur untuk borang pernikahan cikfaa dan bakal suami..dh jadi suami dah pon sekarang.Sekarang dh 4bulan pon usia perkahwinan kami. Alhamdulillah semuanya. Tapi rezeki masih belom ada dan baru je keguguran. Nanti cikfaa share pulak kisah pengalaman mengandung dan keguguran. Love . XOXO.

Ada apa2 komen kat bawah..inshaAllah nnti cikfaa balas.. eh silap..puanfaa kan skg..hahahaha 😅😅

2 comments:

  1. بسم الله الرحمن الرحيم عميلنا العزيز نحن نقدم افضل خدمات تنظيف المجالس والشقق بافضل انواع التنظيفات المشهود لها عالميا
    شركة تنظيف مجالس بالطائف
    شركة تنظيف مجالس بجازان
    شركة تنظيف مجالس بحائل
    ونحن فى خماتكم 24 ساعة على مدار الشهر


    ReplyDelete