Gold #1

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah ke hadrat Illahi.. Sesungguhnya saya di sini ingin berkongsi bagaimana hendak mengorak langkah pertama. 

Dah bersedia ke nak mengorak langkah ?

Pernah terfikir nak mengorak langkah untuk maju dan menjadi lebih baik dari hari semalam?

Pernah fikir tak yang langkah apa yang mampu buat anda rasa ianya menjamin masa depan?

Pernah dengar pasal EMAS ? Wow..menarikkan.. ^-^
Emas ni banyak dah keluarannya. Kalau dulu kite sering dengar barang kemas je , tak pon emas 916. kan?? So sekarang.. Emas ni dah meluas. Syarikat yang mula ditubuhkan dah keluarkan emas dalam bentuk Gold Bar atau dikenali dengan bahase melayu nya JONGKONG EMAS. Seketul emas nak pegang..Tapi sekarang takde lagi macam tu. teknologi dah canggih dah dibentukkan emas dengan berat yang ringan dan kecil serta mudah untuk dimiliki oleh pembeli.So.. ape lagi , teruskan menanam sifat untuk menyimpan 1 keluarga 1 bulan 1gram

Sekian. nanti sambung lagi.Selamat menimba ilmu. apa yang salah mohon perbetulkan. :)

#boleh whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut. jom join saya.. In Sha Allah.. sama-sama kite terus menimba dan belajar.

Whatsapp : 0175878827 
Web Referral :http://www.powergold2u.com/fandigoh --> saya ahli powergold!

Nasi Ayam Mimi

Huish sedap betol Nasi Ayam Mimi ni.. sekali makan pasti teringat sampai kadang-kadang termenung dan terfikir rase tu :P


BAHAN-BAHAN (untuk 5 orang)

Bahan-bahan untuk rebusan sup ayam.

1 kiub ayam knorr
3 liter air
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
1 ketul halia (seinci setengah dititik sedikit)
3 beradik (bunga lawang , buah pelaga , kulit kayu manis)
garam secukup rasa

  • Cara-cara memasak sup
  1. Panaskan air , masukkan halia , 3 beradik dan kiub pati ayam.Biarkan sehingga mendidih.
  2. Cedukkan sup untuk memasak nasi.
  3. Untuk hidangan sup ayam , hidangkan beserta bawang goreng , hirisan daun sup dan daun bawang.

Bahan untuk masak nasi.

3 pot beras
2 sudu besar manjerin
1 biji buah pelaga (ni takde 3 beradik , die anak tunggal je.. hahahaha :D)
1 labu bawang putih (ditumbuk lumat)
Air sup mengikut sukatan beras
Garam secukup rasa



  • Cara-cara masak nasi.


  1. Panaskan majerin , masukkan buah pelaga dan bawang putih.Tumis sehingga garing dan naik baunya.
  2. Masukkan rebusan sup ayam dan tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan garam.
  4. Kacau sebentar perlahan-lahan.
  5. Tutup periuk dan biarkan ia masak seperti masak nasi biasa.

Bahan-bahan untuk ayam.

1 ekor ayam (belah dua)
setengah cawan kicap cair
2 sudu lada sulah
setengah sudu gula
sedikit garam
(Perap selama 30 - 40 minit)


  • Cara-cara masak ayam
  1. Panaskan minyak (minyak tersebut mestilah menutupi/ampuh ayam semasa digoreng)
  2. Goreng di dalam periuk bertutup dengan api yang sederhana.
  3. Setelah ditus minyak , potong ayam mengikut cita rasa sendiri.

Bahan-bahan untuk kicap

100ml Kicap lemak manis
50ml air 
garam secukup rasa

  • Cara-cara membuat kicap untuk Nasi Ayam
  1. Campurkan kesemua bahan diatas.Kacau dan rasa.

Bahan-bahan untuk sos/air lada

15 tangkai Cili kering (dibuang biji)
3 biji bawang putih
70ml air
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit tepung jagung (untuk pekatkan sos)

  • Cara-cara membuat sos/air lada
  1. Blender cili kering , bawang putih beserta 70ml air sehingga hancur.
  2. Masak di atas api yang sederhana.
  3. Masukkan gula , garam dan tepung jagung.Masak sehingga masaklah.heheheee :)


SEKIAN