Resepi Ayam Mimi

Jom masak resepi mimi ni...

1 ekor ayam (dipotong sesuke hati)
4 inci halia
7 biji bawang putih
11 biji bawang merah kecil (ditumbuk lumat)
2 sudu besar cili giling / cili boh
1 paket kecil kerisik
100ml kicap manis
1 biji santan pekat
3 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit air

* P/S : bahan-bahan dianggarkan untuk 1KG ayam.

BAHAN A :

  1. Perap ayam bersama dengan kisaran halia dan bawang putih selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng perapan ayam tadi setengah masak.


    BAHAN B :

    1. Ambil minyak gorengan ayam tadi( anggaran 1 senduk ) untuk menumis bawang merah beserta cili giling/cili boh sehingga wangi.
    2. Masukkan kicap dan gaul bersama tumisan tadi dengan api yang kecil (sebentar sahaja)
    3. Masukkan BAHAN A beserta santan sehingga mendidih.
    4. Masukkan kerisik , gula melaka , air , garam dan daun kari.
    5. Kacau sehingga pekat.
    Selamat Mencuba

    Kenali Emas

    Assalamualaikum.. hai semua..


    Kite nak share sikit tentang EMAS.. wow! Menarikk..kan.. :)

    Bile dengar pasal Emas orang mesti dok cakap yang dyeorang ni takde duit nak beli. Tapi pernah tak anda terfikir nak menceburkan diri dengan perkara ni. In sha Allah.. Emas ni akan membantu anda membuat simpanan dengan baik.  Bak kata pepatah " simpan sikit-sikit , lama-lama jadi bukit " .

    So mula-mula , kite kenali emas dulu..

    Mari belajar Unit Timbangan Lama Emas

      1. 1 KATI = 600gram
      2. 1 TAHIL = 37.8gram
      3. 1 PIKUL = 60.48kg
      4. 1 MAYAM = 3.37gram
      5. 1 RIAL = 2.7gram
      6. 1 KUPANG = 0.64gram
      7. 1 AMAS = 2.551gram
      8. 1 SUKU = 0.8425gram
      9. 1 BUSAK = 0.337gram

    Ketulenan EMAS yang diukur pada zaman dahulu :-

    1. 999 ( 24K ) - Emas sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas 
    2. 950 ( 23K ) - Emas Kelantan / Emas 9 1/2 
    3. 916 ( 22K ) - Emas Singapura
    4. 900 ( 21.6K ) - Emas Sembilan
    5. 875 ( 21K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    6. 835 ( 20K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    7. 800 ( 19K ) - Emas Paun
    8. 750 ( 18K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    9. 585 ( 14K ) - Tiada nama lain dapat dicari
    10. 373 ( 9K ) - Suasa

    So , kalau nak tahu lebih lanjut . Anda boleh rujuk pada laman web ini  .http://www.powergold2u.com/fandigoh .

    Saya akan update lagi kemudian.. thanks sudi baca :)

    Sekian.